Resipi Rendang Padang Asli Indonesia, Sedap & Sesuai Masak Untuk Raya

Share

Jom masak Rendang Padang untuk raya tahun ni Resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini tentunya sangat sedap dan membuka selera. Sesekali tukar selera tentunya enak juga. Resipi Rendang Padang ini berasal dari Indonesia. Jom buat. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK RENDANG PADANG YANG SEDAP & MUDAH

(RESIPI UNTUK 3 KG DAGING)

BAHAN-BAHAN:

  • 3kg daging – potong & cuci bersih
  • 3kg santan segar
  • 3 sudu makan kerisik @ gonseng kelapa 6 sudu besar (TAMBAHAN)
  • 6 batang serai – diketuk
  • 15 helai daun limau purut
  • 6 helai daun salam
  • 6 helai daun kunyit – dibuang tulang tengah & potong besar
  • 3 keping asam gelugur @ asam kandis beli online disini
  • Garam @ gula secukup rasa
  • Rempah rendang – klik DISINI untuk resipi

 

BAHAN KISAR:

CARA MEMASAK:

1. Cili kering harus direbus dahulu dan cuci bersih.

2. Kisar cili kering, cili hidup, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan buah keras sehingga halus.

3. Kemudian sediakan kuali atau periuk untuk memasak rendang.

4. Masukkan santan dan bahan yang dikisar tadi.

5.Kemudian masukkan rempah rendang yang sudah dikisar halus, serai, daun limau purut, daun kunyit dan kerisik @ gongseng kerisik.

6.Masak dengan api yang sederhana dan masak kesemuanya sehingga sedikit mendidih. (jangan sampai pecah minyak)

7. Kemudian barulah masukkan daging yang telah dipotong.

8. Masak sehingga rendang kering dan jadi berminyak. Masa ni rasa akan meresap ke dalam daging.

9.Perasakan dengan secukupnya.

INFO:

Jika suka rasa manis dalam rendang tambahkan sedikit gula.

Untuk sukatan santan, 1 kg daging, kita akan guna:

  • 800-1000ml santan segar = bersama 3-4 biji kelapa tua
  • 1000ml santan kotak

 

 

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur