Resipi Rendang Paling Mudah. Masak Hanya Guna 5 Langkah Je.

Share

Suka makan rendang? Ni RASA kongsikan resipi dari saudari Adilah Busra yang paling mudah dan ringkas. Hanya menggunakan lima langkah mudah, hidangan rendang enak ini anda boleh sajikan buat keluarga. Tidak perlu pun tunggu raya untuk menikmati sajian enak ini. Hari-hari anda boleh masak sebab resipinya tersangatlah mudah. Makan dengan pulut kuning

memang best. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK RENDANG PALING MUDAH & RINGKAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor itik salai / 2kg daging/ 2 ekor ayam pencen
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan daun kunyit secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3 ketul kunyit hidup
  • 7 batang serai
  • 9 ulas bawang putih
  • 21 tangkai cili kering
  • 2 biji kelapa – ambil santan

CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan kisar bersama santan. Tidak perlu masukkan air.

2. Masukkan itik salai ke dalam kuali bersama bahan kisar. Gaul hingga sekata kemudian hidupkan api. 

Tambah lebihan santan tadi. Selain itik, boleh juga gunakan daging atau ayam pencen.

3. Masak bahan-bahan tadi hingga mendidih dan kuah menjadi pekat. Kacau sekali sekala.

4. Seterusnya masukkan kerisik, asam gelugur, gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati.

5. Rasa rendang dan tambah perisa jika ada yang masih kurang. Didihkan lagi hingga kering atau mencapai kepekatan yang disukai. Jika nak rendang yang lebih beraroma, masukkan hirisan daun kunyit. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Adilah Busra

Published by
Nur