Enaknya menikmati sajian Rendang Pucuk Ubi yang dimasak menggunakan resipi dan cara orang Negeri Sembilan ini. Memang berasa setiap rencahnya. Sangat sedap dimakan bersama nasi malah jika diratah begitu sahaja juga sangat nikmat. Bagi anda yang nak cuba masak sendiri menu ini, saudari Atia Halimada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!
CARA MASAK RENDANG PUCUK UBI NEGERI SEMBILAN YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 kg daun ubi /pucuk ubi – dibersihkan 2 sudu serbuk cili – beli online disini 3 cawan santan pekat 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK: 1.Satukan bahan-bahan kisar dan kisar dengan sedikit air hingga halus. 2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga garing. 3. Masukkan serbuk cili dan santan pekat, masak hingga mendidih. 4. Seterusnya masuk pucuk ubi yang telah dibersihkan. Masak dan kacau sehingga kering.
5. Buang sedikit minyak. Kacau lagi sehingga santan bertukar menjadi tahi minyak dan mengering.
6. Tutup api dan sejatkan rendang tadi. Rendang Pucuk Ubi sedia untuk dinikmati.
Hidangan Melayu memang kaya dengan pelbagai sajian nasi yang lazat. Bukan sekadar Nasi Minyak aje,pelbagai ramuan herba dan ulam-ulaman juga menghasilkan hidangan yang membangkit selera.
Ni 5 aneka Nasi yang boleh dicuba untuk menceriakan keluarga di masa cuti ini. Boleh lah dicuba nanti, ya.
1. NASI KUKUS KISMIS
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan ayam
1 batang serai | titik
4cm halia |mayang halus
Garam secukup rasa
Kismis secukupnya
Cara memasak: 1. Rendam beras sejam. Toskan. 2. Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak. 3. Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata. 4. Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak. 5. Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata. 6. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Aroma serai beri kewangian pada nasi Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
2. NASI KERABU PELBAGAI ULAM
BAHAN-BAHAN NASI:
2 cawan beras basmathi
2 cawan air perahan campuran daun/herba*
1 cawan air
Garam secukup rasa
*UNTUK MEMBUAT AIR PERAHAN DAUN/HERBA: (KISAR SEMUA BAHAN DAN AMBIL AIRNYA)
2 helai daun pandan
1 helai daun lengkuas
1 helai daun kunyit
3sm kunyit hidup
1 batang serai
3cm halia
BAHAN-BAHAN ULAM:
Daun pegaga
Daun selom
Daun Selasih
Ulam Raja
Kacang Botol/Kacang Panjang
Tauge
Kubis
Cili merah
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan di dalam periuk. 2. Masak hingga tanak. 3. Kacau sekali-sekali supaya masak sekata. Ketepikan. 4. Untuk membuat ulam-ulaman; Hiris halus kesemua ulam-ulaman dan gaul rata. Tabur sedikit garam dan gaul bersama nasi tadi. 5. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Pelbagai rasa ulam-ulaman yang segar Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis bilis/ikan, hirisan pelbagai ulam/sayur dan keropok goreng.
3. NASI KETUMBAR KURMA
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi
2 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan pes kurma dan ketumbar*
¼ cawan badam |panggang dan kisar halus
1 labu bawang besar | cincang halus
4 ulas bawang putih | mayang halus
Garam dan gula perang secukupnya
Daun pudina secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan – simpul
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bahan –bahan B hingga wangi. 2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang kekuningan. 3. Masukkan beras, air, susu cair, badam kisar dan pes campuran kurma dan ketumbar. 4. Tambah garam dan gula perang secukupnya. Didihkan hingga nasi masak. 5. Masukkan daun pudina dan tutup periuk. Boleh dihidangkan dengan lauk-pauk pilihan seperti kuma daging, ayam masak merah, acar timun dan lain-lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Terasa rempah ratus yang sedap Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Untuk membuat pes campuran kurma: 6 biji kurma madu (dibuang biji) dan 2 sudu makan ketumbar dicampurkan dengan 1 cawan air lalu dikisar halus.
4. NASI TUMIS BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | basuh dan tos
3 cawan santan pekat
½ cawan air
1 sudu makan mentega
3 ulas bawang merah | mayang halus
3 ulas bawang putih | mayang halus
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3cm halia | mayang halus
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi. 2. Masukkan beras dan goreng beberapa minit. 3. Tambahkan santan, daun pandan dan garam secukup rasa. 4. Tanak beras hingga masak. Jika suka, boleh tambah beberapa titik pewarna pilihan. 5. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa lemak santan dan lemak wangi mentega Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis, telur rebus dan ulam-ulaman.
5. NASI KUNYIT HALBA
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi
3 cawan santan pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh halba
1 batang serai |titik
3cm halia | mayang halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Rendam beras bersama serbuk kunyit selama 2 jam. Toskan. 2. Kukus bersama halba, serai dan halia hingga separuh masak. 3. Tambah santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan tuang ke atas nasi. 4. Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak. 5. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Ada rasa lemak santan Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info Chef : Hidangkan bersama lauk pilihan seperti sambal tumis atau kari ayam/daging.
Apa yang dapat membuka selera korang tatkala menjamu selera? Sudah tentu jika ada sambal dan ulam-ulaman ia membuka selera sebenarnya. Daripada makan hanya sepinggan mungkin bertambah bila dihidang dengan lauk pauk sebegini. Tak pandang kiri dan kanan, laju jer menyuap. Ini min kongsi resipi yang sangat menyelerakan.
Bahan-bahan
Perut lembu
Cili padi
Belacan
Air asam
Bawang merah
Tomato
Limau nipis
Cara membuat:
1.Rebus perut sampai empuk..tinggal kan sikit air rebusan.
2.Cili api dan belacan goreng sekejap blend dengan air asam jawa (jgn hancur sangat)
3.Hiris bawang merah dan tomato kemudian masukan garam dan perasa
4.Satukan semula semua dalam periuk rebus perut tadi.Gelegak kan sekejap je.Perah limau nipis.
Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, tetapi masih tercari-cari menu nak masak apa, jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma, Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah. Set ini sesuai untuk kenduri dan hidangan makan tengahari mahupun malam. Ingin mencuba resipi tak perlu tunggu tetapi datang, boleh je masak untuk hidangan keluaraga sendiri .
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3cm lengkuas | hiris memanjang
2cm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
NASI KURMA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
3 sudu makan rempah kurma
2 kiub pati ayam
1 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji tomato | potong dadu
Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.
3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.
6. Tutup semula periuk nasi.
7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris
2cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu besar udang kering
1 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Selalu bila makan atau beli pisang goreng kita akan kutip sekali serdaknya untuk dinikmati sekali supaya terasa ranggupnya. Inilah yang menambah keenakan pisang goreng. Cuma jika menggunakan teknik menggoreng pisang yang dikongsi kali ini, kita tak perlu lagi mengutip serdak kerana salutan tepung pisang goreng ini sedia rangup.