Rendang rempah cili padi daging ini memang power rasanya. Diolah dengan rempah yang dibuat sendiri bersama rasa pedas cili padi bukan saja sedap pada rasa tapi juga aromanya yang semerbak.

Kalau rindu rasa rendang mak-mak zaman dulu yang pekat, berempah resipi ini memang wajib korang simpan! Boleh buat Ketika rindu menjelma.

Sesuai sangat untuk hari raya, kenduri atau bila-bila rasa nak manjakan tekak.

Rendang rempah cili padi daging

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu. Rahsia Sedap, Rempah Buat Sendiri

Ads

Bahan-bahan

1 kg daging – dihiris sederhana tebal
2 peket kerisik
1 kotak santan (250ml)
2 helai daun kunyit – dihiris halus
1 batang serai – dihiris halus
Air asam jawa secukup rasa
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan rempah disangai dan dikisar

5 sudu besar biji ketumbar
3 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu. Rahsia Sedap, Rempah Buat Sendiri

Tip: Pastikan rempah dah sejuk sebelum ditumbuk atau dikisar supaya mudah hancur dan tak liat.

Bahan kisar (pes)

30–40 batang cili padi hijau (boleh kurangkan ikut tahap pedas masing-masing)
2 labu bawang besar – dibelah 6 atau 8
4–5 ulas bawang putih
3–4 batang serai – dihiris
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
Sedikit air untuk kisar

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu. Rahsia Sedap, Rempah Buat Sendiri

Cara membuat

1. Tumis pes kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau dan pecah minyak.

2. Masukkan rempah yang telah dikisar/tumbuk, tambah sedikit air dan kacau rata. Tumis hingga pecah minyak semula.

3. Masukkan daging, tutup kuali dan biar hingga air daging keluar dan daging mula kecut. Tambahkan air secukupnya, sedikit garam dan perasa, biarkan masak hingga daging empuk.

Ads

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu. Rahsia Sedap, Rempah Buat Sendiri

4. Masukkan kerisik dan santan, kacau rata dan biar mendidih hingga pekat.

5. Tambah daun kunyit dan serai hiris, serta air asam jawa. Gaul sebati. Perasakan, kalau kurang masin boleh tambah garam, kalau terlebih masin, tambah santan.

6. Boleh masak sehingga berkuah atau kering, ikut cita rasa. Kalau nak rendang kering, kurangkan jumlah garam masa awal masak tadi.

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu. Rahsia Sedap, Rempah Buat Sendiri

Ads

Tip
Rendang ini sesuai dimasak lebih awal, disimpan dan dipanaskan semula – lagi lama lagi sedap! Sesuai dimakan bersama nasi panas, ketupat, lemang atau nasi impit.

Kredit resipi & foto: Azlina Ina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI