Selalunya kita buat rendang ayam atau daging, apa kata cuba kelainan buat rendang udang pula. Menariknya rendang udang ini bahannya mudah, cuma guna empat bahan saja.
Cara membuatnya dikongsikan oleh Puan Norashikin Mohd Yunus. Menurutnya rendang udang empat bahan ini adalah resipi dari ibunya sendiri.
Udang kertas
2 batang Serai – dihiris & ditumbuk
2 inci kunyit hidup – ditumbuk
Cili padi – ikut pedas yang dikehendaki
1 biji kelapa parut – ambil pati santan saja
1.Tumbuk sehingga hancur kunyit hidup, cili padi dan serai. Kemudian masukkan semuanya ke dalam kuali.
2.Perah kelapa parut tanpa menapisnya. Biarkan hampasnya jatuh ke dalam kuali. Ambil patinya sahaja.
3.Perasakan dengan garam secukupnya dan masak sehingga kuahnya kering. Kalau suka berkuah tak perlulah masak hingga kering.
4. Kecilkan api dan kacau sehingga kelapa bertukar warna kekuningan.
5. Inilah hasilnya rendang udang sedap resipi bonda tercinta.
Sumber: Norashikin Mohd Yunus