Masakan tradisional orang-orang dulu, resipi dan cara memasaknya sangat ringkas. Paling penting rasanya sedap dan boleh dihidangkan bersama dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau macam-macam lagi. Sesuai dimakan untuk sarapan ayau minum petang. Bekalkan anak untuk ke sekolah pun boleh. Cara nak buat apom lenggang ni mudah sahaja. Jom cuba.
APOM LENGGANG CHEAMAH
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan tepung beras
- 3 cawan santan
- 1 1/2 cawan gula
- 1 peket mauripan
- 3 biji telur
- Sedikit garam
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Semuanya dikisar sebati
- Ambil 1/2 cawan yang dikisar tadi campur dengan 3/4 cawan santan dibuat kanji…**masak agak pekat**
- Campur kanji dengan semua yang dikisar tadi
- Biar sejam @ 2 jam boleh la dilenggang
*cheq bancuh semalam simpan dlm peti ais pagi nie baru melenggang..
Kongsi resipi: Cheamah Hashim