Teringin nak makan Kerabu Sotong Thai yang sangat mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Amira Rosli ni antara yang boleh dicuba. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja. Kombinasi rasa masam, masin, manis dan pedas pasti buka selera.
Oh ya..Pernahkan terjadi bila anda masak sotong tapi teksturnya liat dan agak keras? Pasti rasa geram je kan? Ini ada satu petua untuk menjadikan sotong kekal lembut dan tidak keras bila dimasak. Mudah sahaja caranya.
TIP SUPAYA SOTONG LEMBUT & TIDAK LIAT
Sebelum masak Kerabu Sotong, kena sediakan sotong terlebih dahulu. Mula-mula, gaul sotong bersama garam dan biarkan selama 10-15 minit. Bila nak masak, basuh semula sotong untuk buang lebihan garam. Toskan dan sotong sedia dimasak.
Petua sudah dapat. Jadi bolehlah cuba resipi Kerabu Sotong Ala Thai ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong
Serai – dimayang
Tomato
Mangga muda
Bawang holland
Jus limau nipis secukupnya
BAHAN SOS:
5 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah – beli online disini
5 ulas bawang putih – beli online disini
Kicap sotong / sos ikan nampla secukupnya – beli online disini
Daun ketumbar
2 sudu makan gula thai – beli online disini
Sedikit cuka – beli online disini
2 sudu makan gula – beli online disini
2 sudu teh garam – beli online disini
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan kukus bersama serai yang telah dimayang. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan sis. Kisar halus. Sukatan bahan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.
4. Hiris tomato, mangga mudah dan bawang holland secukupnya.
5. Gaulkan dengan sotong yang telah dikukus dengan serai tadi. Masukkan juga sos.
6. Perah jus limau nipis dan gaul rata.
7. Sotong Kukus Limau ala Thai sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Amira Rosli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official