Anda penggemar Risoles? Boleh cuba resipi Risoles inti Sardin yang sangat sedap perkongsian Opah Mas Cotek ni. Risoles ni kalau makan panas-panas, memang layan. Rangup diluar, lembut dengan inti pedas-pedas manja, sangat enak. Tak jemu makan. Lepas satu-satu suap ke mulut. Bagi anda yang nak masak untuk keluarga, resipi lengkap ada di bawah ni. Selamat mencuba!

CARA MASAK RISOLES INTI SARDIN HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP

Resipi Risoles Homemade Sedap, Guna Inti SardinBAHAN KULIT:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
2 cawan santan – beli online disini
1 ½ cawan air
1 biji telur
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan kisar guna blender hingga sebati.
2. Panaskan kuali non-stick, msukkan 1 senduk adunan.
3. Lenggang @ dadarkan dan biarkan seketika hingga masak. Tak perlu terbalikkan.
4. Angkat dan ulang langkah sama hingga adunan habis.
BAHAN INTI:
1 tin sardin besar (buang tulang & lenyek) – beli online disini
2 biji ubi kentang (*)
1 batang lobak merah (*)
1 biji bawang holland (*) – beli online disini
3 ulas bawang putih (*)
1 sudu besar cili kisar – beli online disini
Sedikit perahan limau kasturi @ lemon
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Dadukan semua bahan bertanda (*).
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan juga cili kisar.
3. Bila sudah masak, masukkan kesemua bahan-bahan lain.
4. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
5. Masak hingga inti kering. Sejukkan.
6. Ambil sekeping kulit risoles, masukkan inti dengan secukupnya.
7. Gulung dengan kemas seperti membuat Kuih Ketayap. Lakukan hingga habis.
Resipi Risoles Homemade Sedap, Guna Inti Sardin
BAHAN SALUT RISOLES:
1 biji telur – dipukul
1 cawan serbuk roti – beli online disini
CARA MEMASAK:

1. Ambil sekeping Risoles dan celupkan ke dalam telur.
2. Kemudian salut dengan serbuk roti hingga rata.

Resipi Risoles Homemade Sedap, Guna Inti Sardin3. Lakukan hingga habis Risoles.
4. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles hingga garing keemas an.
5. Sedia untuk dihidang.

Resipi Risoles Homemade Sedap, Guna Inti Sardin

Ads

NOTA: Inti Risoles boleh dipelbagaikan dengan guna inti ayam, daging dan macam-macam lagi.

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Buat Sendiri Risoles Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Risoles Ragout Ayam. Sajian Minum Petang Sedap & Simple

Ads

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI