Sedapnya dapat makan Rojak Ayam yang dibuat sendiri. Boleh tambah sesuka hati bahan-bahan yang ingin kita masukkan. Resipi Rojak Ayam Terengganu yang dikongsi oleh saudara Muliadi Ramli ini, mudah je nak buat dan sesuai dinikmati bersama keluarga.
RESIPI ROJAK AYAM TERENGGANU YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN AYAM GORENG KUNYIT: ½ ekor ayam | dipotong 2 Serbuk cili – beli online di sini Kunyit Garam & perasa *Ayam digaulkan dengan kunyit, serbuk cili, garam dan perasa. Kemudian digoreng garing. Bila dah siap digoreng, boleh dipotong kecil-kecil. Ketepikan.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak. Masukkan serai. Bila naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak 2. Kemudian masukkan bahan kisar halus, tumis lagi sampai pecah minyak. 3. Bila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi. Kacau rata.
4. Masukkan nise, air asam jawa dan tambahkan dua cawan air. Renehkan dengan api kecil hingga kuah nampak pekat. 5. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Kacau-kacau sekejap. Tutup api. Siap.
BAHAN CUCUR ROJAK: 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 biji telur Daun kucai Daun bawang & daun sup Tauge Garam 1 sudu kecil serbuk kunyit
CARA MEMASAK: 1. Kesemua bahan disatukan. Masukkan air, gaul rata. Ketepikan untuk 30 minit. Kemudian boleh digoreng garing dan ranggup. Bila cucur siap digoreng, bolehlah digunting kecil-kecil. Siap.
BAHAN SAYUR ROJAK: Tauge | dicelur Timun | dipotong panjang Sengkuang | dipotong panjang Salad Cili besar merah & hijau
BAHAN LAIN: 1 bungkus mee kuning (dicelur sebelum dihidang) 5 biji telur rebus (kalau suka, telur boleh digoreng selepas direbus) Tauhu (disapu garam, kunyit kemudian digoreng dan dipotong ketika dihidangkan) 2 biji kentang (direbus dan dipotong ketika hendak dihidangkan)
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official