Rojak Mamak memang enak. Kombinasi pelbagai bahan di dalamnya yang dinikmati bersama kuah kacang, sangat mengasyikkan dan membuka selera. Bagi anda yang menggemari hidangan rojak ini, resipi dari saudara Emee Sham ini tentunya harus anda cuba. Sangat berbaloi masak untuk keluarga.
CARA MASAK ROJAK MAMAK YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN CUCUR UDANG:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 cawan tepung beras – beli online disini
Sedikit mauripan – campur air – beli online disini
Daun kucai – hiris
Garam
Serbuk kunyit – beli online disini
Udang
Bawang merah – dipotong dadu – beli online disini
BAHAN KUAH KACANG:
Kacang tanah secukupnya – disangai kemudian dikisar – beli online disini
5 biji bawang merah – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
10 keping biskut meri – dikisar halus
Pes cili secukupnya – beli online disini
Gula merah secukupnya – beli online disini
Gula putih secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN:
Ubi kentang rebus
Telur rebus
Tauhu – digoreng
Timun
CARA MEMASAK CUCUR UDANG:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung beras bersama air biasa.
2. Masukkan mauripan. Kemudian rehatkan adunan. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Masukkn serbuk kunyit dengan secukupnya, bawang, daun kucai dan juga garam secukup rasa. Gaul rata.
4. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali.
5. Masukkan sudip dalam minyak yang panas tadi seketika. Keluarkan sudip dan masukkan adunan cucur.
6. Letakkan udang pada adunan tersebut dan tekan sedikit agar udang tidak tertanggal dari tepung sewaktu digoreng.
7. Masukkan sudip kembali ke dalam kuali dan biarkan seketika. Nanti adunan cucur akan tanggal dengan sendiri.
8. Masak hingga cucur keperangan. Ulang langkah sama hingga habis adunan.
CARA MEMASAK KUAH KACANG:
1.Panaskan minyak dan masukkan kisaran bawang merah dan bawang putih. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan pes cili (anggaran 1-2 sudu makan). Tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kacang tanah. Gaul rata.
4. Masukkan sedikit air. Masak hingga kacang lembut.
5. Bila sudah sebati, masukkan kisaran biskut meri dan juga air. Kacau rata.
6. Perasakan dengan gula merah, gula putih, garam dan air asam jawa dengan secukupnya. Kacau rata.
7. Bila semua rasa telah sempurna, masukkan bijan yang telah disangai ke dalam kuah. Padamkan api.
8. Hidangkan kuah kacang bersama cucur udang dan juga bahan-bahan rojak yang lain.
Kredit resipi & foto: Emee Sham
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official