Setiap kali teringin nak makan rojak/passembur mamak, mesti kita akan keluar pergi ke kedai kan? Tapi kadang-kadang rasanya tidak seperti yang kita inginkan. Ada kuah rojak yang cair, malah ada yang terlebih pekat. Jadi, rasanya lebih baik jika kita buat sendiri di rumah.
Selalunya terdapat 2 perkara penting dalam rojak/passembur mamak ni iaitu kuah dan bahan cucurnya. Cucur pula terdapat 3 jenis, cucur udang, cucur kelapa dan cucur beras atau kerepek serta disertai dengan bahan-bahan lain. Semuanya bergantung kepada bajet dan citarasa masing-masing.

Resipi Rojak/Passembor Mamak

BAHAN-BAHAN (ROJAK)

  • Sengkuang dihiris nipis memanjang
  • Timun dihiris nipis memanjang
  • Taugeh dicelur sedikit
  • Tofu kuning digoreng dan dihiris nipis
  • Kentang direbus dan dipotong
  • Telur rebus
  • Cucur kelapa dipotong
  • Cucur naik dipotong
  • Cucur beras dipatah dan ditabur atas
  • Bawang goreng ditabur atas

CUCUR KELAPA

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepun gandum
  • 1/2 cawan kelapa parut (hampas kelapa pun boleh)
  • Bawang kecil di mayang halus
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit sodium bicarbonate

CARA PENYEDIAAN

Ads
  1. Gaul dan buatkan dough semua ramuan diatas agak-agak boleh digumpal dengan tangan. Cucurkan ke dalam minyak yang telah panas. 

CUCUR NAIK

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 st baking powder
  • 1/4 st soda
  • Taugeh basuh bersih
  • 1/2 st serbuk kunyit / pewarna
  • 1 st gula
  • 1/4 st garam
  • 125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur leper
  • 1 biji telur

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan semua bahan kecuali telur dan taugeh serta garam. Gaulkan sampai sebati dan perap selama 1 jam.
  2. Masukkan telur dan taugeh serta garam dan kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.

CUCUR BERAS ATAU KEREPEK

  • 250gm tepung beras
  • 1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (topioca flour)
  • Minyak untuk goreng

BAHAN-BAHAN PERENCAH (DIKISAR)

  • 5 ulas bawang putih.
  • 5 biji buah keras.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
  • 1 biji telur.
  • 50 ml santan cair.
  • Garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN

  1. Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran.
  2. Cairkan tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.
  3. Panaskan minyak, bila minyak cukup panas, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gerigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakan ke atas kertas tuala dapur untuk menyerap minyak.
  4. Patahkan saiz yang dikehendaki dan taburkan ke atas  rojak anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan rojak anda.

BAHAN- BAHAN (KUAH ROJAK )

Ads
  • 1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
  • 125gm udang kertas halus goreng dulu udang itu 1/4 masak.  
  • kacang tanah.(goreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya)
  • 10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. 
  • 3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
  • 2-3 bawang besar digoreng layu.
  • Gula dan garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN

  1. Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periuk dan masukkan 4 cawan air dan masak sehingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar.  Masukkan garam secukup rasa.
  2. Jika inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 keping biskut merry, lenyekkan dan masukkan dalam kuah yang reneh. 

Resipi Rojak/Passembur Mamak Yang Meletup! Mesti Puas Hati!

Selamat mencuba! 

Ads

Kredit Resipi & Foto: Fatimah Jasmin

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI