Suka makan Rojak Petis tapi takt ahu cara-cara menyediakan hidangan ini? Saudari Siti Zanariah Khalit ada kongsikan resipi kuah Petis homemade yang boleh anda cuba buat sendiri di rumah. Mudah sahaja caranya. Bancuh sahaja bahan-bahan dan gaul. Siap untuk dinikmati. Kata empunya resipi, bapanya sentiasa memuji dan siap suruh beliau buat niaga. Rasanya cukup kena dengan selera. Tak pedas sangat, tak manis sangat. Sedang-sedang. Ha…Apa tunggu lagi. Jom lah cuba!
CARA MEMBUAT ROJAK PETIS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SOS / KUAH PETIS:
CARA MEMASAK (sukatan untuk 1 hidangan) :
1.Masukkan 2 sudu makan cili kisar dalam mangkuk yang agak besar.
2. Kemudian masukkan 3 sudu makan air asam jawa, 1½ sudu makan petis, 4 sudu makan kicap manis & anggaran 1½ sudu makan gula. Boleh tambah gula kalau suka.
3. Gaul rata kemudian masukkan 4-5 sudu makan kacang tanah tumbuk.
4. Masukkan tauge, timun, sengkuang, kangkung, tauhu yang sudah dipotong dan hirisan nanas. Gaul rata.
5. Rojak Petis siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Zanariah Khalit
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official