Resipi Rojok Kateh Kaki Lembu. Menu Istimewa Orang Terengganu

Share

Rojok Kateh Kaki Lembu @ Rojak Kateh adalah menu istimewa orang Terengganu yang memang jarang boleh didapati di negeri-negeri lain. Ia dimasak menggunakan kaki lembu, urat keting yang dicampur bersama bahan-bahan lain. Kombinasi rasa pedas, masam dan masin, memang enak. Saudara Nazuan Nawi ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

 

CARA MASAK ROJOK KATEH KAKI LEMBU YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Kaki lembu


Nisan/gula melaka beli online disini
Cili boh/ cili kering kisar beli online disini
Cuka beli online disini
Gula beli online disini
Asam jawa beli online disini
Air
(sukatan bahan bergantung pada jumlah kaki lembu yang digunakan)

CARA MEMASAK:
1.Bakar kaki lembu kemudian kikis bulunya hingga licin.


2. Basuh dan gosok kaki lembu yang siap dikikis tadi hingga menjadi putih dan licin.


3. Kemudian masukkan kaki lembu tadi ke dalam periuk besar dan rebus hingga lembut.


4. Setelah siap direbus dan sudah lembut, belah menjadi 2 bahagian. Hiris daging dan urat yang ada pada kaki lembu tadi. Ketepikan.


5. Seterusnya, untuk membuat kuah rojak, campurkan gula melaka, air, cuka, gula, asam jawa dan cili boh dengan secukupnya. Sebatikan.


6. Bila sudah cukup rasanya, campurkan bersama isi dan urat kaki lembu tadi. Sebatikan.


7. Rojok Kateh Kaki Lembu sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nazuan Nawi

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur