Makan

Resipi Roti Ayam Popcorn Berkeju Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Share

Roti Ayam Popcorn Berkeju, menu bersahur yang mudah dan tak guna banyak bahan. Memang senang sangat nak buat menu ni. Anda pasti puas hati sebab sedap. Lagi best kalau guna keju Anchor Cheddar Cheese Slices

yang tinggi dengan protein dan kalsium serta gunakan Anchor Spreadable untuk menambah aroma. Sebagai pelengkap, boleh hidangkan Fernleaf CalciYum Strawberry Yogurt untuk anak-anak. Jom cuba.

 

ROTI AYAM POPCORN BERKEJU

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti sosej
  • Ayam popcorn secukupnya
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 sudu besar Anchor Spreadable
  • 2 sudu besar mayones
  • 5 keping Anchor Cheddar Cheese Slices

Cara Memasak:

  1. Masak ayam popcorn di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 10 minit. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan ayam popcorn bersama herba kering, bawang putih dan Anchor Spreadable hingga sebati.
  3. Sapukan mayones pada roti, letakkan ayam popcorn yang telah diperap.
  4. Letakkan Anchor Cheddar Cheese Slices pada bahagian atas dan bakar hingga keju keperangan.
  5. Boleh dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Strawberry Yogurt untuk kanak-kanak.
Published by
Naqiyatul Uzma