Wah…Nampak sedap je Roti Bun Manis ni. Selain cicah dengan teh atau kopi, makan macam tu je pun sudah membuka selera. Bagi sesetengah daripada kita yang mula bekerja dari rumah disebabkan PKPB, anak-anak pun tak ke sekolah, bolehlah cuba resipi perkongsian FB saudari Tempias Hawa ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CARA BUAT ROTI BUN MANIS @ ROTI SWEETBUN GEBU GEBAS
1. Bancuh yis bersama air suam. Kacau dan biarkan hingga sedikit berbuih.
2. Dalam bekas berlainan, satukan semua bahan kecuali campuran yis. Gaul rata dan sebatikan.
3. Masukkan bancuhan yis dan uli sehingga doh tidak melekat di jari. Pastikan adunan tidak terlalu lembut.
Ads
4. Selepas diuli, perap doh selama 1 jam sehingga adunan menjadi kembang seperti dalam gambar di bawah.
5. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh bagi membuang angin.
6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan mengikut bentuk yang diingini. Susun dalam tray atau loyang bersesuaian.
7. Sapu kuning telur diatas doh yang telah dibulatkan tadi.
8. Rehatkan doh sebentar sementara menunggu ketuhar dipanaskan.
9. Bakar roti menggunakan suhu 180C selama 30 minit. Jika suka roti yang lebih keperangan, tambahkan masa membakar namun jangan samapi roti menjadi hangus pula.
10. Keluarkan roti yang siap dibakar dan sapu sedikit marjerin dipermukaannya. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk topping, terpulang untuk letak apa-apa bahan yang dirasa sesuai. Tak sapu kuning telur pun tidak mengapa.
Selain roti canai, capati juga menjadi kesukaan semua. Teksturnya yang lembut kalau dapat satu pun kenyang. Nak tahu bagaimana nak buat capati walau dah sejuk tapi masih lembut. Sha Yaacob berkongsikan resipi capati turun-temurun keluarganya selama 30 tahun.Rahsianya adalah bergantung pada jenis tepung yang diguna.Untuk adunan sekilo tepung ni dapat 23 biji capati. Bolehlah cuba nanti.
CAPATI
Bahan-bahan: 1 kg tepung atta (elok beli yang timbang, baru lembut elok dan original capati) kalau yang pek nanti capati keras. 1 liter air (kurangkan sikit tak apa, nanti keras boleh tambah air masa uli) 2 sudu kecil garam 1 sudu teh gula 2 sudu gula majerin sayur
Cara membuat: 1.Masukkan air dalam bekas, gula dan garam.Sebatikan. 2.Masak majerin sampai cair. Masukkan dalam bekas air tadi.
3.Uli jangan terlalu lembut, jangan terlalu keras.
240584340_3032170947101735_8167401240126474399_n
4.Siap rehatkan 30 minit, boleh buat bebola.Lagi elok doh bebola dibiarkan semalaman supaya lebih lembut dan sedap dimakan.
Kesedapan pai ni banyak bergantung kepada doh yang dibuat selain intinya.Cara buah doh dan teknik membuatnya kena betul baru pastri jadi rapuh dan sedap. Ni tip dan perkongsian resipi dari Eny Abdullah boleh dijadikan panduan untuk mendapat kulit pastri yang diiinginkan.
RESIPI KULIT PAI * sesuai untuk pai bersaiz besar
Kredit Foto : pinterest.com
Bahan-bahan :
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais e)
4 sudu besar air ais sejuk
TIP BUAT PASTRI RAPUH :
1. Guna mentega yang sejuk
Biasanya kalau buat kek kita kena pakai mentega yang perlu dilembutkan pada suhu bilik. Tapi untuk kulit pastri, mentega boleh guna mentega terus dari dalam peti sejuk
2. Parut mentega
Sebab mentega masih sejuk jadi keras dan mudah diparut menggunakan pemarut biasa tu. Bila kita pakai pemarut ni, kita akan dapat hasil kulit pastry yang flaky dan rapuh.
3. Guna air ais
Bukan air sejuk tapi air berais. Sediakan satu cawan air berisi ais ketul di dalamnya semasa kita mengadun pastry.
4. Jangan uli tapi adun
Jangan sesekali menguli macam kita uli doh untuk buat donat atau pizza. Tapi kita perlu adun (campur dan gaul sehingga menjadi adunan sebati) sehingga menjadi seketul doh. Caranya hanya putar pakai hujung pemegang senduk kayu
CARA MENGADUN
1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk
3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
4. Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Mentega kacang adalah salah satu sapuan yang sedap apabila dimakan dengan roti. Selain dibeli di pasar raya, boleh cuba buat sendiri. Eh, ingatkan susah nak buat mentega kacang sendiri. Senang rupa-rupanya. Nah, RASA berikan resipinya. Nanti cuba buat ya.
PEANUT BUTTER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
500 gram kacang tanah (buang kulit)
Secubit garam bukit
CARA MEMBUAT
1. Kacang tanah dibakar dalam oven sehingga perang dan masak. Guna kacang saiz besar dan tak berkulit.
2. Sejukkan sekejap. Kemudian kisar guna blender kering.
3. Letak secubit dua garam bukit.
4. Mula-mula kisar, kacang tu memang nampak kering. Teruskan kisar sampai minyak kacang keluar dan dapat hasil yang halus dan berminyak. Siap.
5. Masukkan dalam bekas yang sesuai.
6. Boleh makan dengan roti atau overnight oat.
INFO
* Lebih sihat sebab tak letak gula. Sesuai untuk yang tengah berdiet.
* Kalau mahu, boleh letak 2 sudu minyak zaitun untuk teksturnya lebih lembut.
* Kalau beli kat pasar raya, peanut butter no add sugar harga berbelas-belas ringgit sebotol, kan. Buat sendiri lagu jimat. Macam ni modal RM3.40 sahaja.