Resipi Roti Canai Homemade

Share

Kalau dah suka makan roti canai, bukan hanya sesuai untuk sarapan pagi, petang dan malam juga boleh menikmatinya. Korang yang nak cuba buat sendiri boleh saja ikut resipi yang dikongsikan ini.

Bahan-bahan:

4 cawan tepung
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 sudu besar margerin
Satu cawan air suam( sbb uli pakai tgn)
# kalau guna mesin guna air sejuk

Cara memasak:
1.Sediakan bekas besar
2.Masukkan tepung,gula,garam,margerin
3.Gaul rata..pecahkan telur
4.Masukkan air..
5.Uli sampai licin..sekata
6.Lebih kurang 30 minit…sado tgn lepas tu
7Kemudian bahagikan doh..bulat2 kan
8.Masuk dlm bekas. Letak minyak hingga doh terendam
9.Perap lebih kurang 2 jam. Biasa kalau nak mkn pagi..buat doh mlm
10. Lepas perap…Masa nak buat roti canai..Saya guna dulang utk tebar..rotinya. Tarik..pelan2..agak2 nipis..penuh permukaan dulang. Kemudian gulung kan kemas…

11.Nak masak atas kuali..ambil doh tadi..leperkan sedikit..Masak seperti biasa..renjis2 kan sedikit minyak
Sehingga roti masak dan garing. Angkat…roti..seperti biasa..kepuk2 kan roti guna tgn..ala2 penebar roti canai..hihihi
Siap dah. Kuah terpulang..nak kuah apa

Resepi ni..bole dpt 12 biji..dohnya..

credit : Fatimah Ali‎
#mahn

Ingin membeli MESIN MI? Pilih DISINI. Ada pelbagai pilihan.

Published by
Putri