Roti Jala sering disajikan dengan kuah Kari. Kali ini, kita beri sedikit sentuhan moden dengan menambah keju Chesdale di dalamnya. Cicah dengan kuah Kari pun boleh. Roti Jala Cheese ni bukan saja lembut, malah rasa lemak berkrim daripada keju Chesdale di dalamnya yang tinggi dengan protein dan kalsium. Tambahkan juga Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma. Sesuai dihidangkan kepada para tetamu yang datang bertandang ke rumah. Selamat mencuba.
ROTI JALA CHEESE
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan air
1 cawan santan
5 sudu besar Anchor Unsalted Butter | dicairkan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
6 keping Chesdale
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry
Ads
Cara Memasak:
Di dalam pengisar, kisar semua bahan hingga sebati kecuali keju Chesdale.
Tapiskan bahan kisar dan masukkan ke dalam botol roti jala.
Di atas kuali, sapukan sedikit Anchor Unsalted Butter. Kiraikan adunan roti jala di atas kuali.
Boleh diangkat apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing.
Sebelum menggulung, letakkan keju Chesdale di atasnya dan gulung dengan kemas
Siap untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama Kari Ayam.
Sebagai pelengkap, tambahkan Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry di dalam hidangan anda.
Teringin nak makan Jagung Rebus Manis, jom buat sendiri di rumah. Lagi-lagi bila dah nak bulan puasa ni, bolehlah buat sebagai hidangan berbuka puasa nanti. Lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Gabungan rasa manis dan lemak-lemak yang cukup menyelerakan. Tambahkan Keju Chesdale di dalam hidangan. Keju ini diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi dengan kalsium dan protein. Ia juga buat makanan jadi lebih enak. Jom cuba.
JAGUNG REBUS MANIS
BAHAN-BAHAN:
4-6 tongkol jagung manis – potong dua
6 keping keju Chesdale
250ml Fernleaf Susu UHT
100gram Anchor Butter Unsalted
180gram susu pekat manis
½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus jagung dalam air yang banyak selama 10-15 minit. Setelah itu buang lebihan air rebusan.
Tuang Fernleaf Susu UHT, susu pekat manis lalu kacau rata.
Masukkan Anchor Unsalted Butter dan garam lalu kacau lagi.
Resipi Ayam Tomato Keju ni antara menu wajib ada dalam senarai masakan anda ketika hari raya. Gabungan rasa masam manis daripada sos tomato dengan keju Perfect Italiano Mozzarella yang mencair membuatkan lauk ini lebih istimewa. Sesuai dimakan bersama nasi panas, roti atau pasta. Pasti buat anda tambah berkali-kali. Jom cuba.
AYAM TOMATO KEJU
Bahan-bahan:
½ ekor ayam | dipotong kecil, digaul bersama serbuk kunyit & garam
1 biji bawang merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dikisar kasar
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai | dititik
200gm pes tomato
100gm cili kisar
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Daun ketumbar | hiasan
Minyak masak | untuk menggoreng
Cara Memasak:
Gorengkan ayam yang telah digaul bersama serbuk kunyit dan garam hingga separuh masak. Asingkan.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tunggu sehingga pecah minyak.
Masukkan pes tomato, sos tiram dan keju Perfect Italiano Mozzarella lalu gaul sebati.
Masukkan ayam tadi dan perasakan. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
Jika anda sedang mencari menu yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak, boleh cuba resipi Nugget Tempe Mozzarella ni. Anak-anak pasti suka kerana rasanya sama saja seperti nugget biasa. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano untuk meningkatkan rasa dalam masakan. Jom cuba!
NUGGET TEMPE MOZZARELLA
BAHAN-BAHAN:
200gram tempe – kukus lembut
150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
50gram isi ayam kisar – rebus
50gram lobak merah – parut halus
50gram tepung gandum
1 biji telur
1 batang daun bawang – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam dan lada sulah secukupnya
Breadcrumbs secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan tempe yang telah dikukus lembut, isi ayam kisar yang sudah direbus, lobak merah parut, cincangan daun bawang dan cincangan bawang putih.
Tambah Keju Perfect Italiano Mozzarella, serbuk pati ayam, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul semua bahan hingga sebati.
Ambil sedikit campuran tempe tadi lalu tekapkan mengikut bentuk yang disukai atau bulat-bulatkan lalu leperkan sedikit.
Celup nugget tempe dalam bancuhan telur lalu golekkan dalam breadcrumbs rata.
Goreng nugget tempe dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!