Roti Jala sering disajikan dengan kuah Kari. Kali ini, kita beri sedikit sentuhan moden dengan menambah keju Chesdale di dalamnya. Cicah dengan kuah Kari pun boleh. Roti Jala Cheese ni bukan saja lembut, malah rasa lemak berkrim daripada keju Chesdale di dalamnya yang tinggi dengan protein dan kalsium. Tambahkan juga Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma. Sesuai dihidangkan kepada para tetamu yang datang bertandang ke rumah. Selamat mencuba.






ROTI JALA CHEESE


Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 1 cawan air
- 1 cawan santan
- 5 sudu besar Anchor Unsalted Butter | dicairkan
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
- 6 keping Chesdale
- Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry
Cara Memasak:
- Di dalam pengisar, kisar semua bahan hingga sebati kecuali keju Chesdale.
- Tapiskan bahan kisar dan masukkan ke dalam botol roti jala.
- Di atas kuali, sapukan sedikit Anchor Unsalted Butter. Kiraikan adunan roti jala di atas kuali.
- Boleh diangkat apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing.
- Sebelum menggulung, letakkan keju Chesdale di atasnya dan gulung dengan kemas
- Siap untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama Kari Ayam.
- Sebagai pelengkap, tambahkan Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry di dalam hidangan anda.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: