Roti Jala ni mudah je nak buat. Kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Tapi menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat Roti Jala mudah yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Enak dimakan bersama kuzi atau kari ayam. Selamat mencuba. Boleh hidang untuk tetamu di hari raya nanti.
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
Roti Jala mudah siap disediakan. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Azwa Mohtar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official