Makan

Resipi Roti Jala Pandan Makan Dengan Seri Kaya, Sekali Rasa Memang Nak Lagi

Share

Kalau selalu buat roti jala kuning dengan kuah kari ayam, sekali sekali kita tukar pula resipi. Cuba buat pula roti jala pandan dengan seri kaya. Memang sedap, boleh dihidangkan untuk makan petang atau pun sarapan. Sekali makan memang nak lagi.

Resipi roti jala dengan sos manis

Bahan untuk roti jala

3 cawan tepung
1 cawan air pandan
1 cawan air biasa
1/2 cawan susu cair/santan
1 biji telur
Esen vanilla (jika suka)
Garam
2 sudu minyak

Bahan untuk seri kaya

1 cawan air pandan
1 cawan susu cair
1 kotak santan kara
1 cawan gula (boleh kurangkan)
1 biji telur
2 sudu tepung jagung
2 sudu susu pekat

Cara memasak

1. Masukkan semua bahan roti jala dalam blender dan kisar sebati.

2. Kemudian boleh kirai adunan atas kuali non stick hingga selesai.

3. Bagi membuat kuah manis atau seri kaya, satukan semua bahan di dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan.

4. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Bila sudah mendidih atau meletup-letup itu tandanya kuah manis sudah masak. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama roti jala tadi.

Kredit resipi & foto: Fiza Desa

 

Published by
Rose