Sedapnya andai dapat menikmati hidangan Roti Jala Pandan yang dicicah bersama kuah durian. Lembut roti jala yang dipadankan dengan rasa lemak-lemak manis kuah durian, memang sangat sedap. Maklumlah, musim durian tengah ada ni, macam-macam menu boleh dihasilkan. Nak cuba buat untuk hidangan keluarga? Saudari Sanuja Nuja ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK ROTI JALA PANDAN & KUAH DURIAN BERSAGU
BAHAN-BAHAN ROTI JALA PANDAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan. Jumlah tepung dan air agak-agak sahaja.
2. Kisar semua bahan hingga sebati menggunakan blender. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sedang-sedang sahaja.
3. Panaskan kuali dan kirai adunan menggunakan acuan roti jala. Ulang hingga adunan habis.
BAHAN KUAH DURIAN:
CARA MEMASAK:
1. Rendam sagu seketika kemudian masak hingga sagu menjadi jer ih.
2. Akhir sekali masukkan gula, garam dan daun pandan.
3. Bila dapat kepekatan yang disukai, angkat dan nikmati bersama roti jala.
Kredit petua & foto: Sanuja Nuja
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official