Tak lengkaplah Ramadan kalau tak makan Roti John kan? Kali ini kita buat special sikitlah, Roti John Keju Meleleh menggunakan keju Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Cheddar Cheese Slices. Memang puas hati makan anak beranak. Memang sedap tak terkata. Lebih enak jika dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.

Resipi Roti John Keju Meleleh Dengan Inti Padat, Puas Makan

Resipi Roti John Keju Meleleh Dengan Inti Padat, Puas Makan

Resipi Roti John Keju Meleleh Dengan Inti Padat, Puas Makan

Ads

 

ROTI JOHN KEJU MELELEH

Resipi Roti John Keju Meleleh Dengan Inti Padat, Puas Makan

Bahan-bahan:

  • 4 biji roti sosej
  • 250gm daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar rempah garam masala
  • 4 ulas bawang putih | kisar kering
  • 1 biji bawang merah | kisar kering
  • 1 batang lobak merah | diparut
  • 5 biji telur
  • 80gm Perfect Italiano Mozzarella
  • 8 keping Anchor Cheddar Cheese Slices ( Untuk 4 Hidangan)
  • ½ biji kubis | dihiris
  • 4 sudu besar mayones
  • Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • 4 sudu besar sos cili

 

Cara Memasak:

  1. Panaskan kuali, masak daging kisar dan masak hingga sedikit kering. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan masak hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan rempah garam masala. gaul sebati.
  3. Sejukkan daging sebentar, masukkan keju Perfect Italiano Mozzarella, parutkan lobak merah dan pecahkan telur.
  4. Belah roti kepada 2 bahagian, tuang adunan daging di atas kuali dan tutup dengan roti. Biarkan hingga daging masak. Angkat bila daging sudah masak.
  5. Sapukan mayones dan sos cili, letakkan kubis serta keju Anchor Cheddar Cheese Slices di atasnya.
  6. Siap untuk dimakan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Roti Telur Cheese Yang Mudah, Cepat & Mengenyangkan

Ads

Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!

Resipi Nasi Goreng Butter Prawn, Wangi & Penuh Aroma

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

Ads

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI