Roti Johnmerupakan hidangan ringan sedap yang menjadi kegemaran ramai terutamanya di bulan puasa. Kalau gerai Roti John yang sedap ni, memang ramai pelanggan dan kena beratur panjang. Bagi anda yang ingin cuba masak sendiri Roti John secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudari Chinta Eyjaini. Mudah & memang terbaik! Rasa tentulah enak. Sangat berbaloi untuk dicuba.
1. Untuk menyediakan inti, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga rempah masak. Seterusnya masukkan daging cincang. Gaul hingga masak. Masukkan sosej diikuti garam serta lada sulah. Angkat.
Ads
2. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan masukkan hirisan bawang dan daun sup. Pukul hingga sebati.
3. Untuk memasak Roti John, satukan bancuhan telur tadi bersama inti yang telah siap dimasak. Ketepikan.
4. Ambil roti dan belah tengah. Jangan sampai putus. Sapu marjerin kemudian tekap seketika atas kuali.
5. Dalam kuali yang sama, cairkan mentega / marjerin kemudian tuangkan inti.
6. Tekapkan roti diatasnya.
7. Bila inti dah masak, terbalikkan.
8. Paipkan sos cili, mayones dan letak sayur mengikut citarasa masing-masing.
Ads
9. Akhir sekali lipat roti, potong dan sedia untuk dinikmati.
Popia Vietnam @ Vietnamese Spring Roll ni memang sedap. Intinya terdiri dari isi udang, sayur-sayuran serta herba segar yang digulung dengan ‘rice paper’ dan dinikmati bersama sos. Memang layan! Teringin nak rasa? Resipi perkongsian saudari Noor Liyana di bawah ini pastinya boleh anda cuba. Sangat mengenyangkan. Sesuai juga untuk anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.
CARA BUAT VIETNAMESE SPRING ROLL / POPIA VIETNAM
BAHAN UNTUK POPIA: Lobak merah – hiris halus Timun – hiris halus Daun salad Daun ketumbar – hiris Daun kucai – jika ada Suhun – celur sekejap & tos – beli online disini Isi udang rebus Isi ketam@ filamen crab – dicelur & dibelah dua – beli online disini Vietnam rice paper / kulit popia vietnam – beli online disini
BAHAN SOS: Sos pencicah thai – beli online disini Daun ketumbar – dicincang Cili padi – dicincang Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Untuk sos, satukan semua bahan yang dicincang bersama sos pencicah Thai. Sebatikan dan ketepikan seketika.
2. Sediakan 1 pinggan air. Ambil sekeping kulit popia Vietnam dan celup dalam air. 3. Letak kulit popia di atas pinggan, susun lobak merah, timun, daun salad, daun ketumbar, daun kucai, suhun, isi udang dan filamen ketam dengan secukupnya. Gulung kemas.
4. Lakukan proses yang sama hingga bahan habis. 5. Nikmati Vietnamese Spring Roll bersama sos.
Biasa beli saja jagung cawan. Jom buat sendiri jagung lemak manis ala pasar malam tanpa kukus. Boleh letak cheese untuk rasa lebih lemak dan lazat. Guna jagung sweet corn daily fresh rasa segar berbiji dan tak kering.Boleh buat nanti, gerenti ralit makan.
Jagung Cheese
Bahan-bahan:
1 paket jagung frozen jenama Dailly fresh
1 tin krimer pekat manis SAJI
3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
Sedikit air dan garam secukup rasa
Cara membuat:
1.Masukkan jagung dalam kuali dan masuk sedikit air sukatan anggaran setengah dari jagung
2.Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak.Jika air kering boleh tambah lagi airnya.
3.Akhir sekali masuk susu pekat, sukatan mengikut manis yang disukai. Garam dan marjerin secukup rasa. Suka cheese boleh parut cheddar cheese atasnya.Siap untuk dihidang.
Selepas makan tengah hari sedap juga makan kudap-kudapan seperti maruku memang melekakan. Rasa pedas-pedas masin buat tak henti makan. Kalau nak kelainan, boleh buat kudapan menggunakan pasta. Memang tak cukup sebalang nanti.
Bahan-bahan: Pasta tepung bestari Daun kari Black pepper Garam secukup rasa
Cara membuat: 1. Rendam pasta 10minit.
2. Toskan.Gaul tepung bestari. Guna tepung yang pedas lagi sedap.
3. Goreng.
4. Bila dah separuh masak, masukkan daun kari.Optional. Tak letak pun tak apa.
5. Angkat. Toskan.
6.Taburkan serbuk black pepper dan garam supaya lebih sedap.
Kredit : Nana Ereena
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MENGGORENG DAN MEMASAK. DAPATKAN PELBAGAI PILIHAN DI SINI.