
Sedapnya Roti Nan Cheese. Kalau makan panas-panas memang terbaik. Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian saudari Nur Amiera. Lebih sedap, mudah dibuat dan boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
CARA BUAT ROTI NAN CHEESE YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- 1kg tepung gandum cap rose – beli online disini
- 1/2 cawan marjerin – beli online disini
- 1/2 cawan gula
- 2 1/2 cawan air
- 1 sudu makan yis (mauripan) – beli online disini
- Keju cheddar (keping) secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula ke dalam air. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Dalam bekas berlainan, masukkan tepung gandum, marjerin dan yis. Gaul sebati.
3. Tuang air campuran gula tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga tepung tidak melekat di tangan. Pastikan bancuhan tepung tidak keras.
4. Tutup doh dengan tuala lembap selama 1/2 jam.
5. Bila doh naik, tumbuk doh bagi membuang angin.
6. Bahagikan doh dan bulatkan. Leperkan doh, masukkan keju dan canai leper. Biarkan 15 minit.


7. Panaskan kuali tahan lekat dan masukkan doh tadi. Tutup tudungnya dan masak guna api perlahan. Biar masak di kedua-dua belah.
8. Bila roti dah masak, sapukan sedikit mentega supaya roti nampak berkilat.

9. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama kari atau sambal tumis ikan bilis. Kalau nikmati bersama Ayam Tandoori pun sedap.


Kredit resipi & foto: Nur Amiera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Sendiri Krim Pandan, Boleh Sapu Pada Roti & Kek Tebal-Tebal

Mesti ramai peminat roti krim, tambah pula yang ada taburan gula. Rasa manis, lemak berkrim memang sedap.
Sebenarnya sapuan krim pada roti dan kek ini juga boleh kita buat sendiri. Lagi layan sebab boleh sapu tebal-tebal. Selain krim biasa, boleh juga jika nak buat perisa lain seperti pandan.

Caranya mudah sangat dan hanya perlukan empat bahan saja. Boleh ikut resipi yang dikongsi Puan Eja Derol ini;
Bahan-bahan:
100gm gula halus (boleh kisar gula kasar )
250gm majerin pelangi
Sedikit perwarna hijau
Sedikit emulco pandan
Cara membuat:
1. Putar gula dan marjerin sampai gebu putih.
2. Selepas itu letak emulco dan perwarna, putar seketika lagi supaya sebati. Siap! boleh sapu pada roti atau kek.

Info
- Simpan krim ini dalam bekas, jika diletak pada suhu bilik boleh tahan antara 3-4 hari tapi jika diletakkan dalam peti ais boleh tahan 2-3 minggu.
- Sekiranya tak gemar rasa krim yang ‘berpasir” boleh guna air gula yang pekat. Letak sedikit esen rose akan dapat rasa butter krim dulu-dulu.

Selamat Mencuba!
Sumber:Eja Derol
Buat Sendiri Piza Homemade Sedap Guna Roti Sandwic

Jom buat piza homemade yang sedap ni. Jika resipi lain perlu uli tepung dan renyah cara pembuatannya tapi resipi ini hanya guna roti sandwic je tapi best. Sajian piza memang jadi kegemaran anak-anak. Lebih-lebih lagi jika dimakan panas, memang enak. Ringkas, mudah disedikan dan inti boleh dipelbagaikan mengikut selera masing-masing. Nak letak isi ayam, daging, udang, sosej, semua boleh. Keju banyak? BOleh… Letak sahaja mengikut selera anda. Janji puas makan. Suami dan anak-anak pasti puji ni. Percayalah. Terasa nak buat? Saudari Khairun Nisak ada kongsikan resipinya. Jom cuba. Tentu puas hati dengan menikmati menu mudah ini. Senang sangat!
CARA MEMBUAT PIZA HOMEMADE SEDAP & MUDAH GUNA ROTI SANDWIC

BAHAN-BAHAN:
Roti putih @ roti wholemeal
Sos traditional pasta – boleh juga guna sour cream – beli online disini
Capsicum – jika suka
Aneka inti untuk topping – boleh guna apa sahaja seperti udang,ayam, daging, sosej & sayur
Keju Mozarella block / keju mozzarella belum parut – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Alas loyang menggunakan baking paper. Susun kepingan roti sandwich memenuhi tray.
2. Sapu setiap kepingan roti dengan sos pasta dengan secukupnya. Sos pasta ini sudah mempunyai rasa masam, manis dan haruman parsli.
3. Letak parutan keju mozzarella dan susun hirisan capsicum, sayur, isi ayam atau apa sahaja topping pilihan anda.
4. Tutup inti dengan menambah parutan keju mozarella.
5. Bakar piza anda pada suhu 200C menggunakan api atas bawah selama 15 minit.

6. Bila keju mozzarella sudah agak keperangan, boleh keluarkan piza.

7. Piza sedap ini sedia untuk dinikmati.

Kredit petua & foto: Khairun Nisak
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah Buat. Resipi Roti Rangup Berlauk Untuk Minum Petang
Resipi Coklat Minda Homemade Guna Bahan Sunnah. Berkhasiat & Bagus Untuk Otak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
3 Resipi Mudah Pai & Quiche, Sesuai Untuk Minum Petang

Pai dan Quiche dua-dua pun menu yang sungguh lazat dam mengenyangkan. Kalau nak elak makan nasi, boleh aje makan kedua jenis menu ini. Inti daging, ayam dan keladi dikongsikan dalam tiga resipi ni.
Jika pai menggunakan pastri lapis @ puff, quiche pula biasanya menggunakan jenis pastri rapuh.
Selain inti kulit pai juga penting, mempengaruhi keenakan rasa pai dan quiche ini. Jom semak tiga resipi pai dan quiche gerenti sedap nih.
BEEF PITHIVIER @ PAI DAGING

BAHAN PITHIVIER:
3 keping doh pastri lapis @ puff pastri | boleh didapati di kedai bakeri dan pasaraya
1 biji telur | untuk disapu atas pastri lapis
BAHAN INTI:
500gm daging lembu | dicincang
100gm lobak merah | dipotong dadu kecil – beli online di sini
1 labu bawang Holland | dipotong dadu kecil – beli online di sini
1 batang daun saderi | dipotong dadu kecil
6 biji cendawan butang segar | dipotong dadu kecil
3 ulas bawang putih | dicincang halus
3 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu teh serbuk sos perang
5 sudu makan minyak masak
Garam & lada sulah secukup rasa
Dapatkan Muzy Stainless Steel Drill-Free Rack dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMBUAT INTI:
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga layu.
2. Masukkan daging cincang, bawang putih, halia, serbuk sos perang. Selepas itu masukkan lobak merah dan daun saderi.
3. Kacau hingga masak dan akhir sekali masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan dan letakkan inti ke atas 1 lapisan pastri lapis.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Tutup inti tadi dengan 1 lagi lapisan pastri lapis dan tekan sisi pastri lapis dengan garpu supaya tertutup rapat. Kelar di permukaan pastri.
5. Sapu dengan telur untuk mendapat kemasan warna kuning keemasan. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 25-30 minit.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 – 50 minit
Cara memasak: Tumis dan bakar
Jenis masakan: Sajian barat fusion
Keistimewaan: Sajian ringkas dan berkhasiat dengan gabungan inti daging dan sayuran
INFO CHEF: Panaskan ketuhar hingga 180°C dahulu supaya pastri lapis naik dan dibakar dengan rata.
Kredit resipi: Chef Mohd Zamri Idris, Pensyarah di Taylor’s University
AMERICAN CRUMBLE YAM PIE

BAHAN A:
70gm gula aising
150gm mentega
BAHAN B:
1 biji telur
BAHAN C:
260gm tepung gandum
1 sudu makan susu tepung
BAHAN D (CRUMBLE):
70gm gula aising
150gm mentega
200gm tepung gandum
BAHAN INTI:
2 biji keladi besar
80gm gula perang
25gm mentega
60gm kismis
250gm kacang walnut | dibakar dan ditumbuk
1 biji lemon | diambil jus
100ml susu segar
CARA BUAT DOH:
1. Adun bahan A hingga sebati, masukkan bahan B dan putar hingga rata
2. Masukkan bahan C yang telah diayak dan gaul sehingga sempurna. Rehatkan doh selama 15 minit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Keluarkan doh dan canai di antara 2 helai pembalut plastik mengikut ketebalan dan saiz dan masukkan ke dalam acuan pai dengan kemas dan bakar dengan menggunakan suhu 180°c selama 10 minit.Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan.
4. Sementara menunggu kulit pai masak, sediakan crumble terlebih dahulu dengan mencampurkan kesemua bahan (D)dalam satu bekas dan gaulkan menggunakan hujung jari sahaja hingga menjadi seperti serbuk roti,dan ketepikan dahulu.
CARA MASAK INTI:
1. Kupaskan kulit keladi dan potong menjadi dadu. Rebus keladi sehingga masak dan ketepikan seketika.
2. Masak mentega dan gula perang sehingga larut, kemudian masukkan perahan jus lemon,susu segar ,kismis dan walnut kacau sehingga sebati dengan api yang sederhana besar.
3. Akhir sekali masukkan keladi yang telah direbus tadi dan kacau sebati hingga pekat
4. Kemudian isikan inti ke dalam kulit pie yang dah siap dimasak tadi sehingga penuh, dan taburkan crumble di atas permukaan pai sebelum dibakar sekali lagi di dalam ketuhar dengan suhu 180 °c selama 40 minit.
5. Setelah dimasak sejukkan dan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Cara memasak: Bakar
Keistimewaan: Inti keladi bersama kacang walnut menjadikan pai ini cukup unik dan sedap rasanya
Jenis masakan: Pai (pastri)
INFO CHEF: Pastri akan menjadi retak jika pai dibakar terlalu lama.
Kredit resipi: Kolej Yayasan Felda Pahang, Feldajaya Timur Mempaga, Karak, Pahang
CHEEZY CHICKEN QUICHE

BAHAN KULIT PAI:
250gm tepung gandum
150gm mentega
Secubit garam
60-80ml air
BAHAN INTI QUICHE:
BAHAN A:
160gm bawang holand | dihiris
3 sudu besar minyak masak
BAHAN B:
80gm daging ayam | didadu
80gm keju parmesan | diparut
BAHAN C:
3 biji telur
BAHAN D:
200gm susu segar
150gm whipping krim
20gm tepung gandum
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
2gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMBUAT KULIT PAI:
1. Potong dadu mentega menjadi potongan kecil dan gaulkan dengan tepung menjadi seperti serbuk roti.
2. Tambah dan adun menjadi doh. Bentukkan ia menjadi bebola dan leperkan. Balut dengan pembalut plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Canaikan doh di antara 2 helai pembalut plastik menjadi 3mm tebal dan sedia digunakan di dalam acuan pai.
4. Canaikan doh pastri tadi dan masukan dalam acuan pai, cucuk pastri dengan garfu dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 190 C selama 15 minit
CARA MEMBUAT INTI:
1. Tumiskan bahan (A) sehingga bawang menjadi perang dan lembut biarkan sehingga sejuk.
3. Masukkan bahan (A) yang telah sejuk ke dalam kulit pastri, masukkan bahan(B) dan (C) di atas.
4. Pukul bhn (D) hingga rata dan tapiskan, tuangkan ke dalam kulit pastri yang sudah siap dibakar tadi.
5. Bakar pada suhu 200oc selama 15 minit. Keluarkan dan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Cara memasak: Bakar
Keistimewaan: Kulitnya yang rapuh dan sedap dengan inti ayam berkrim penuh berperisa
Jenis masakan: Pai
INFO CHEF: Pastri akan menjadi retak jika pai dibakar terlalu lama. Untuk inti, jangan terlalu lama masak setelah krim whipping dimasukkan.
Kredit resipi: Kolej Yayasan Felda Pahang, Feldajaya Timur Mempaga, Karak, Pahang
Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:

