Sedapnya kalau dapat makan Roti Paratha homemade panas-panas. Sekeping memang tak cukup. Kalau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Khadijah Jaafar ni boleh anda cuba. Memang mudah. Cubalah.
ROTI PARATHA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu teh gula
- 1 sudu teh yis
- 150ml air
- 4 sudu makan minyak masak
- Minyak/mentega/ minyak sapi untuk menggoreng
- Mentega untuk sapuan
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, garam, gula, yis dan minyak masak.
2. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga adunan jadi sebati dan lembut.
3. Rupa doh yang dah siap diuli. Tidak perlu uli lama.
4. Tutup bekas doh menggunakan kain dan rehatkan selama 1 jam. Pastikan mangkuk disapu dengan sedikit minyak sebelum diletak doh supaya ia tidak melekat pada mangkuk.
5. Keadaan doh yang telah naik 2 kali ganda dari saiz asal.
6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan. Saiz ikut citarasa masing-masing. Rehatkan doh sekali lagi selama 10-15 minit. (empunya resipi dapat dalam 9 biji)
7. Untuk mencanai, tabur sedikit tepung pada papan dan diatas doh. Ia bertujuan memudahkan doh digelek dan tidak melekat.
8. Canai atau gelek doh mengikut ketebalan yang disukai.
9. Panaskan kuali bersama sedikit minyak, mentega atau minyak sapi. Ikut citarasa masing-masing. Goreng roti paratha tadi selama 2-3 minit untuk setiap belah atau sehingga garing. Pastikan masak menggunakan api perlahan.
10. Setelah masak, angkat dan sapu sedikit mentega pada roti untuk menyedapkan lagi rasanya.
11. Sedia dinikmati bersama kari atau apa-apa kuah kegemaran.
Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI