Cara mudah menyediakan Roti Paratha Sosej Cheese yang sangat sedap untuk kudapan anak-anak. Jika anda ada roti canai sejuk beku, bolehlah buat snek macam ni. Sangat ringkas namun hasilkan seakan produk yang dibeli di kedai-kedai bakeri. Tidak perlu uli tepung atau guna puff pastri. Cukup sekadar roti canai segera ini sahaja. Satu keping pun boleh dapat banyak biji. Mudah dan rasa pun enak. Hidangan ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Boleh buat untuk sarapan, minum petang atau sebagai snek ringan yang dimakan ketika menonton televisyen. Rasa pasti lebih enak kerana dibuat dari air tangan ibu. Jom lah kita buat. Saudari Izz Aishah ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT ROTI PARATHA SOSEJ CHEESE
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha – beli online disini
Sosej – beli online disini
Kepingan keju – beli online disini
Kuning telur (untuk disapu pada roti paratha)
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping Roti Paratha dan potong kepada 8 bahagian seperti potongan pizza.
2. Letakkan kepingan kecil keju dan juga hirisan sosej mengikut saiz yang berpadanan.
3. Gulung kepingan paratha dengan kemas.
4. Seterusnya sapu bancuhan kuning telur di permukaan pastri.
5. Bakar Roti Paratha Sosej Cheese menggunakan Air Fryer pada suhu 190c selama 7-10 minit hingga pastri kuning keemasan. Jika tiada AF, boleh sahaja menggunakan ketuhar atau pemanggang ajaib.
8. Roti Paratha Sosej Cheese sedia untuk dihidangkan.
INFO: Roti paratha sejukbeku ini cepat lembut, jadi keluarkan sekeping terlebih dahulu. Buat hingga siap kemudian barulah dikeluarkan kepingan roti paratha kedua dan seterusnya.
Kredit resipi & foto: Izz Aishah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official