Apa sarapan anda pagi ini? Kalau anda sudah jemu dengan makanan seperti nasi lemak, nasi goreng, mi goreng dan makanan berat yang seangkatan dengannya, apa kata anda cuba menu berasaskan roti pula.
Resipi roti pisang rangup yang dikongsikan oleh Syukz Aziz memang paling mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun ringkas dan senang nak dapat.
RESIPI ROTI PISANG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telur
Gula perang ( boleh juga tabur gula putih tapi tabur sedikit sahaja)- Beli sini
Cheddar cheese (tiada pun tidak mengapa, boleh tabur gula sahaja)
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Sapu majerin di atas roti.
2. Susun pisang ikut kreatif sendiri.
3. Sapu lagi majerin dan sapu kuning telur.
4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.
Ads
5. Bakar dengan suhu 180°c, 5 hingga 7 minit.
6. Bakar pakai air fryer. Yang tidak ada air fryer boleh pakai oven.- Beli sini
7. Siap untuk dihidangkan.
Ads
Sumber kredit: Syukz Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dua masakan ini adalah antara menu wajib yang akan di masak di bulan puasa. Masakan yang disediakan oleh Fikree adalah Daging Masak Kicap dan Pajeri Nanas. Selain ia sedap dan mudah disediakan, masakan ini kaya protein dan gula, ia sangat baik sebagai sumber tenaga tambahan sepanjang berpuasa. Selamat mencuba!
Teringin nak makan singgang, ini ada empat singgang berlain cara masak yang korang boleh cuba. Kesemuanya senang sangat nak dimasak. Paling penting ia sedap dan segar, kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah. Sedapnya hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang berbaloilah masak. Tak percaya korang boleh cuba.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
PINDANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Ibu mesti tercari-cari menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Kepak Ayam Bakar Madu ni. Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Rasa pun tak pedas. Cukup perisanya dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Jika tiada kepak, boleh sahaja guna apa-apa bahagian ayam yang anda ada. Pasti anda suka dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Selamat mencuba!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.