Jika anda sedang mencari hidangan yang mudah, enak dan cepat untuk dihidangkan kepada para tetamu, cuba buat Roti Pizza Cendawan Berkeju ni. Senang sangat. Hanya ambil sekeping roti, letakkan campuran bayam dan cendawan di atasnya lalu taburkan keju dan bakar. Nak lagi best, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza. Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan yang memberi keseimbangan rasa yang sempurna serta regangan yang tidak berminyak. Terasa keenakan dalam setiap gigitan. Jom cuba!
ROTI PIZZA CENDAWAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
3-4 keping roti tebal (roti perancis)
250gram Perfect Italiano Perfect Pizza
10-12 biji cendawan butang – hiris
80gram bayam – cincang
80gram Anchor Unsalted Butter
4 ulas bawang putih – cincang
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam & lada sulah secukupnya
Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan hirisan cendawan dan bayam. Tambah cincangan parsli, lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati dan tutup api.
Ambil sekeping roti, sapu lebihan mentega di atas roti secukupnya.
Sendukkan campuran cendawan dan bayam ke atas roti dan ratakan.
Tabur Perfect Italiano Perfect Pizza ke atas cendawan. Tabur lebihan cincangan parsli.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15-18 minit atau hingga keju keperang-perangan. Hidangkan panas.
Kalau anak-anak suka makan roti, cubalah buat roti sosej seperti ini. Gerenti anak-anak suka makan. Boleh buat pelbagai bentuk yang menarik untuk menambat hati anak-anak.
Jom kita lihat resipinya.
ROTI SOSEJ
BAHAN-BAHAN
3/4 cawan air suam
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum (boleh guna tepung roti)
Secubit garam
1 sudu besar mentega (boleh guna marjerin)
Kuning telur + sedikit air (untuk disapu pada roti)
Sosej (direbus dulu)
Mix vege (campurkan dengan mayones)
Sos cili
Mayones
CARA MEMBUAT
1. Satukan air suam, yis, gula dan susu pekat manis dalam satu bekas. Biarkan mengembang.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, garam dan mentega. Gaul rata.
3. Masukkan yis yang sudah kembang tadi. Uli sehingga sebati dan perap adunan selama satu jam.
4. Apabila adunan telah mengembang, tumbuk-tumbuk bagi keluar angin.
5. Ambil sejemput dan bentukkan roti seperti yang kita suka.
6. Sapukan kuning telur. Letak sosej, miz vege, sos cili dan mayones.
7. Biarkan roti dalam 20 minit supaya roti mengembang semula.
8. Panaskan oven pada suhu 170 dan bakar selama 25-30 minit.
9. Kalau roti kelihatan keperangan, maknanya roti telah masak.
10. Siap!
Boleh buat bentuk bunga.Bentuk bunga panjang.Nampak sedap, kan?
Hidangan yang sesuai untuk berbuka puasa dan juga bersahur tentunya Pancake Sambal Berkeju. Memang enak gabungan keju dan sambal ni, lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Sesuai untuk anda yang tak makan pedas. Untuk hidangan ini, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Melt kerana keju ini akan mencair dengan sempurna dan menambah rasa dalam hidangan. Anda wajib cuba hidangan ini!
PANCAKE SAMBAL BERKEJU
Bahan-Bahan:
250gram Perfect Italiano Perfect Melt
60gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
440ml Fernleaf Susu UHT
280gram tepung gandum
1 biji telur
4 sudu teh baking powder
½ sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
½ sudu teh oregano kering
Bahan-Bahan Sambal:
1 mangkuk medium cili kisar
5 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
1 labu bawang besar – potong bulat
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Untuk membuat sambal; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Gaul rata dan ketepikan.
Untuk membuat pancake; satukan Fernleaf Susu UHT, Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan, telur dan garam di dalam mangkuk. Pukul sebati. Masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan oregano kering lalu gaul sebati hingga jadi bancuhan yang likat. Masukkan Perfect Italiano Perfect Melt lalu gaul sebati.
Panaskan kuali leper, sapu sedikit mentega. Tuang sesenduk bancuhan pancake lalu masak hingga perang di kedua-dua bahagian. Ketika masih panas sapu bahagian atas pancake dengan sambal. Tabur lebihan Perfect Italiano Perfect Melt ketika pancake masih panas. Hidangkan segera.
Bila waktu pandemik ni, menu yang belum pernah buat pun kita rasa nak cuba buat sendiri. Selain malas bersesak di kedai, lebih puas jika makanan yang kita suka makan dibuat dengan air tangan sendiri. Nak bagi family makan mestilah yang terjamin kebersihannya. Contohnya seperti menu roti canai ni.
Bahan-bahan:
1kg tepung gandung
Gula
Garam
Air suam
2 sudu planta
3 sudu minyak masak
kuning telur sahaja(sebiji)
Cara membuat:
1.Larutkan garam,gula bersama air suam.
2.Planta,telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung tadi.
3.Masukkan air tadi sedikit demi sedikit.
4.Uli sampai doh tak melekat di tangan.
(Jika lembik tambahkan tepung.Kalau keras renjiskan air dan uli semula
5.Siap diuli, biarkan dalam 10 minit. Kemudian boleh buat doh bulat-bulat.
6.Doh tadi sapu dengan planta,biar semalaman esok pagi baru tebar.