Sedapnya Roti Poket Doraemon perkongsian saudari Bonda Dihatiku ni. Intinya boleh dipelabagikan ikut cita rasa. Sesuai sangat dijadikan hidangan sarapan, minum petang atau makan malam. Anak-anak pasti suka. Orang dewasa pun berselera kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK ROTI POKET DORAEMON
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic ( angka genap)
1 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
2 biji telur – pukul kembang
1 paket serbuk roti
1 paket sosej – potong kecil
4-5 keping daging burger – dihancurkan
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Gelek roti hingga nipis. Lakukan satu persatu sampai habis.
2. Gunting roti jadi bentuk bulatan. Pastikan saiz setiap keping adalah sama.
3. Ambil kepingan roti, sapu bancuhan tepung disekeliling dan cantumkan dengan sekeping lagi roti. Lakukan hingga habis.
IKLAN
4. Celup roti dalam telur yang telah dipukul dan golekkan dalam serbuk roti.
5. Goreng roti satu persatu dalam minyak yang banyak dan sederhana panas hingga garing. Angkat dan tos minyak. Sejukkan sebelum dipotong.
6. Potong tengah untuk dptkan bentuk poket doremon. Ketepikan.
IKLAN
7. Goreng hotdog hingga garing. Kemudian goreng pula daging burger yang telah dicincang.
8. Campurkan hotdog dan daging. Masukkan sos cili, mayones dan serbuk lada hitam dengan secukupnya. Gaul sebati.
9. Sumbat bahan inti ke dalam poket doraemon yang telah dipotong tadi. Sedia untuk dinikmati.
Nak cuba buat sambal yang menawan cita rasa? Jom try buat sambal tumbuk. Ramuannya digoreng terlebih dahulu. Kemudian ditumbuk satu per satu. Memang sedap tak terkata. Jom try. RASA berikan langkah demi langkah.
SAMBAL TUMBUK
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar (dihiris)
Segenggam ikan bilis
CARA MEMBUAT
1. Goreng semua bahan. Angkat dan toskan.
2. Letakkan semua bahan yang dah digoreng dalam pinggan.
3. Tumbuk semua bahan sedikit demi sedikit menggunakan lesung batu.
Akhir sekali, kaut semua bahan yang sudah ditumbuk dan letakkan dalam mangkuk. Sedia dinikmati. Boleh juga perahkan limau atau letak sedikit gula dan garam jika suka.
Peminat buah nangka mesti suka pulut ni. Menurut Roziyana Bakar pulut tu dikukus boleh, nak masak macam masak nasi pun boleh. Tapi jangan lupa rendam dulu pulut tu.
Pemilik resipi masak pulut gula high pressure cooker. Masak lima minit aje.Untuk kuah masak atas api.
PULUT NANGKA
.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan pulut (rendam sebentar dalam sejam& toskan)
Santan kotak 1/2 cwn
Daun pandan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MASAK :
1. Masak pulut dan semua bahan. Air sama paras dengan pulut ya.
2. Pemilik resipi guna high pressure cooker, masak lima minit aje
3. Kukus macam biasa pun boleh
KUAH SANTAN
.
BAHAN-BAHAN :
Gula Melaka 2 ketul
Santan 1 kotak
Buah Nangka 8-10 ulas (blend)
Bancuhan tepung jagung 2 sudu
Daun Pandan
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Masak gula melaka dgn sedikit air kemudian tapis
2. Masuk semua bahan kecuali tepung jagung bersama gula melaka yg dh di tapis td. Masak hingga mendidih
3. Masukkan bancuhan tepung jagung
CARA MENGHIAS:
1. Belah buah nangka jangan sampai putus, buangkan bijinya.
2. Masukkan sedikit pulut
3. Resipi asal, kukus sekejap dalam 2-5 minit, jangan lama nanti buah nangka lembik. (tak kukus pun tak apa)
Sedapnya Nasi Kerabu Kuning perkongsian Dani J Thang ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal kelapa, tumis dan ayam percik. Biasanya kalau yang dijual di pasar malam, nasi kerabu yang nasinya berwarna biru. Kalau tiada bunga telang, boleh sahaja buat Nasi Kerabu Kuning ni. Sama sedapnya. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat sesuai buat untuk hidangan keluarga pada bila-bila masa.
CARA MASAK NASI KERABU KUNING SEDAP & MUDAH
BAHAN NASI: Beras secukupnya Air – ikut jumlah beras yang digunakan Kunyit hidup atau serbuk – beli online disini 1 batang serai – diketuk Daun limau purut yang dibuang tulang tengahnya
CARA MEMASAK: Ade 3 teknik boleh buat untuk warnakan nasi iaitu: 1. Rendam beras dalam air kunyit. 2. Rebus air, kunyit, serai sampai mendidih kemudian masukkan beras & daun limau purut. 3. Pakai pewarna makanan sahaja. 4. Untuk memasak, tanak nasi menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sampai masak.
BAHAN SAMBAL KELAPA: Ikan selayang / kembung – kalau ikan besar guna 2 ekor sudah cukup. Kalau kecil guna dalam 5-6 ekor 1 biji kelapa parut – ambik bahagian putih sahaja 4-5 biji bawang merah kecil – beli online disini 3-4 ulas bawang putih – beli online disini Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Rebus ikan dengan sedikit garam. Bila sudah masak, asingkan tulangnya. 2. Sangai kelapa sehingga hampir kekuningan, agak-agak dalam 10 minit lebih kurang. Jangan lama sangat untuk elak kelapa terlalu kering. Ketepikan. 3. Tumbuk isi ikan, kelapa parut dan bawang. Agak-agak pecah sahaja kecuali bawang perlu ditumbuk hingga lumat.
4. Masuk balik semua bahan yang ditumbuk ke dalam kuali. Perasakan dengan garam & gula secukupnya. 5. Buka api sederhana, kacau semua bahan hingga sebati anggaran dalam 5 min. Tutup api. Siap.
BAHAN KUAH TUMIS: 4 biji bawang merah besar 3-4 ulas bawang putih 1 biji bawang holland – beli online disini Cili kering sesuai kepedasan masing-masing – beli online disini 1 batang serai – diketuk 200ml santan – beli online disini Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa Budu
CARA MEMASAK: 1.Kisar semua bahan sehingga lumat 2. Ambil sedikit bahan kisar untuk perap ayam. 3. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak (macam nak buat sambal) 4. Masukkan serai, santan & air secukupnya. Biar mendidih sambil dikacau sentiasa hingga santan masak cantik. 5. Semasa tambah air tadi, jangan banyak sangat. Kuah tumis ni nak kena sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 6. Jika suka, boleh titiskan sedikit budu. Sesuaikan dengan selera. 7. Bila kuah tumis sudah masak cantik, padamkan api dan ketepikan.
BAHAN AYAM PERCIK SIMPLE:
Ayam Garam Bahan kisar yang asingkan sedikit tadi Kuah tumis
CARA MEMASAK:
1.Perap ayam dengan garam dan bahan kisar yang diasingkan sedikit tadi. 2. Bakar ayam. Bila hampir masak, ambik sedkit kuah tumis dan lumurkan pada ayam. Kemudian sambung bakar sampai masak. 3. Jika tiada arang, boleh masak cara ni. Sediakan kuali, letak sedikit minyak dan masukkan ayam yang diperap. Terbalikkan supaya tidak melekat. 4. Bila agak ayam sudah separuh masak, masukkan sedikit kuah tumis tadi. 5. Masukkan juga sedikit air. Biarkan mendidih sehingga kedua sisi ayam masak. 6. Teruskan masak sampai kuah tadi menjadi pekat. Siap. 7. Hidangkan nasi kerabu bersama hirisan ulam, telur masin, keropok ikan, sesuai selera anda.
BAHAN SAMPIMGAN YANG LAIN: Hirisan ulam (bunga kantan, timun, serai, kacang panjang, daun serai kayu – boleh pelbagaikan ikut apa yang ada) Telur masin Keropok ikan
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...