Roti Puri homemade ni memang sesuai jika dijadikan hidangan sarapan atau minum petang keluarga. Cicah dengan lebihan gulai atau kari, memang layan. Nampak susah tapi rupanya sangatlah mudah resipi perkongsian saudari Aien Ismail ni. Bahan-bahannya pun ringkas je. Sekali cuba, pasti puas hati. Jom lihat bahan serta cara-cara pembuatannya.
ROTI PURI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung gandum
6 sudu makan minyak masak
2 sudu makan gula
2 sudu makan yis
2 sudu teh garam
1 cawan air panas
CARA MEMASAK:
Ads
1. Satukan tepung gandum, minyak masak, gula, yis dan garam dalam bekas. Gaul hingga sebati dan berderai.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga tidak melekat. Jika doh keras, tambah sedikit air masak.
3. Bila siap diuli, bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong. Perap dalam 15 minit.
4. Ambil doh dan gelek nipis. Lakukan hingga habis.
Ads
5. Panaskan minyak masak dan masukkan sekeping doh. Simbah minyak diatas doh supaya menjadi kembung.
Kuih Bom Inti Ikan kuih tradisi Terengganu yang dikenali juga sebagai kuih Paung Inti Ikan. Ianya sedap dan mudah disediakan kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dalam dapur anda. Kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang atau sarapan pagi. Untuk resipi penuh ada dikongsikan di bawah ini.
KUIH BOM INTI IKAN BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN INTI IKAN:
5-6 ekor ikan kembung + ikan sardin | cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam dan sekeping asam gelugor.
1 biji bawang besar/ 4 ulas bawang merah | kisar halus
1 inci halia | kisar halus
1 sudu kecil halba
1 kotak kecil santan segera/1 cawan santan segar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan, tepung pulut, gandum, kelapa parut dan garam dalam bekas. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun dan doh tidak melekat di tangan dan mudah dibentuk bulat-bulat.
Setelah siap adun, masukkan doh dalam peti sejuk sekejap (tip supaya kuih tidak meletop bila digoreng).
Sementara itu, boleh sediakan inti ikan. Asingkan isi ikan dari tulang, kemudian hancurkan dengan cara menumbuk atau ramas dengan tangan sahaja. Ikut suka.
Masukkan isi ikan dalam kuali, diikuti santan dan bahan kisar. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa secukupnya dan halba.
Kacau atas api sederhana hingga kering air (jangan terlalu garing, nanti tak sedap).
Tutup api dan biarkan sejuk.
9. Keluarkan doh dari peti sejuk. Bulatkan dan tekan di tengah untuk letak inti.
10. Kemaskan dan bulatkan balik semula. Lakukannya hingga habis doh.
11. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng kuih Bom atau Paung hingga perang keemasan. Angkat dan toskan.
12. Setelah sejuk bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.
Bangsa Johor mesti kenal kuih tradisional ni. Kaya dengan rasa labu lemak manis yang cukup berkhasiat. Kuih ni cukup popular di majlis kenduri kendara, jadi manisan untuk hantaran pun boleh. Bahan-bahannya cukup ringkas aje.
Ilmu buat kuih tradisional ni, anak-anak muda elok sangat belajar buat kuih ni. Ni perkongsian cara membuatnya dari Muzzammil Mustafa Sani dari laman webnya dapur.maskulin.com
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN :
350 gram gula pasir
400 ml santan
500 ml air
50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
CARA MEMASAK :
1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.
4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa.
Kuih Nagasari Jagung ni memang sedap dan jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang tak berani nak cuba kerana menyangkakan ianya susah dan renyah untuk dihasilkan. Bagi peminat KuihNagasari Jagung, ini ada resipi yang sangat mudah perkongsian saudari Zura Abdullah yang anda boleh cuba. Tidak perlu kukus. Masak je dalam periuk dan jika tiada daun pisang, boleh cetak guna acuan lompang atau loyang sahaja. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
CARA MASAK KUIH NAGASARI JAGUNG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 1 paket tepung hon kwee 1 tin jagung whole kernel (tapis buang air) 250ml santan pekat (boleh guna santan kotak) 650ml air 170gm gula 1/2 sudu teh esen pandan Secubit garam
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali jagung. Kacau hingga agak sedikit pekat. 2. Kemudian masukkan jagung. Kacau lagi hingga pekat dan likat. Tutup api. 3. Untuk mencetaknya, boleh bungkus adunan menggunakan daun pisang atau plastic tahan panas. Untuk lebih mudah, masukkan sahaja ke dalam acuan Kuih Lompang. Boleh juga guna loyang biasa atau apa-apa sahaja cetakan yang sedia ada.
4. Biar kuih sejuk dan bolehlah dinikmati.
Nota: Selain jagung, boleh juga gantikan dengan cendol. Pun rasa sedap.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira