Kira-kira dua tahun lepas, resipi roti puri sangat popular di media sosial. Ketika itu, kita semua dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semua orang perlu berada di dalam rumah. Hanya yang berkeperluan sahaja boleh keluar rumah.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi roti puri juga. Namun bukan roti puri kosong sebaliknya ada kelapa parut yang menjadikan roti puri ini lebih enak cita rasanya. Malah aromanya juga harum.
Jom kita lihat resipinya.
Ads
ROTI PURI KELAPA TANPA YIS
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1/2 cawan kelapa parut
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum. Tambahkan marjerin dan minyak masak. Fungsinya supaya roti puri lebih lembut.
2. Kemudian, masukkan pula garam dan kelapa parut. Gaul sebati semua bahan tadi.
3. Gaul sampai jadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan air pula. Uli sampai jadi doh.
5. Apabila telah siap menjadi doh, sapukan marjerin sedikit pada doh supaya doh tidak kering apabila direhatkan.
6. Tutupkan mangkuk besar dengan tuala kering. Biarkan selama sejam.
7. Selepas sejam, ambil doh dan uli seketika. Kemudian potong kepada 8 bahagian sama besar.
8. Bulat-bulatkan setiap bahagian doh dengan kemas.
9. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
10. Sementara itu, canaikan doh gunakan penggelek yang telah disapu minyak masak sedikit.
11. Apabila minyak masak telah betul-betul panas, masukkan doh yang telah dicanai nipis tadi.
12. Api kena sentiasa besar. Apabila telah masukkan dalam kuali, siram-siramkan minyak panas ke atas doh supaya doh menggelembung.
13. Ulangi langkah 9, 10, 11 dan 12 sehingga doh habis.
14. Hidangkan roti puri bersama kari daging untuk dimakan bersama-sama.
Ads
Sedap dicecah kari daging.Nampak kan kelapa parut dalam roti puri ni?
Zaman sekarang, niaga makanan adalah antara yang boleh mendatangkan wang dengan cepat. Nak cuba niaga roti golok? Boleh cuba resipi ini. Ringkas dan sedap.
Roti Golok ni pernah viral suatu ketika dulu. Jadi sejak viral tu memang ramai peminatnya. Kalau beli, sebiji roti golok berharga RM2. Jadi, jom cuba buat sendiri. Puas makan.
Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea di facebook RASA Share Resepi. Bolehlah cuba.
ROTI GOLOK SIMPLE
BAHAN A
1 cawan air suam
1 peket yis segera
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis (BELI DI SINI)
1 biji telur ayam / kuning telur
BAHAN B
4 cawan tepung roti / tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin (BELI DI SINI)
1 sudu kecil pelembut roti
1/2 sudu kecil garam halus
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua BAHAN A kecuali telur ayam. Kemudian kacau sebati.
2. Biarkan sehingga yis mengembang. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, satukan pula BAHAN B.
4. Ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan.
5. Ambil adunan BAHAN A tadi. Campurkan telur ke dalamnya. Adun rata.
6. Tuang BAHAN A ke dalam BAHAN B sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh.
7. Uli doh sehingga lembut dan elastik.
8. Bulatkan doh dan sapukan keliling doh dengan sedikit minyak masak.
9. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
10. Tumbuk-tumbukkan doh tersebut dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil ikut saiz yang disukai.
11. Bentukkan doh tersebut. Kemudian susun doh di dalam loyang pembakar yang telah digris.
12. Rehatkan doh selama 20 minit atau sehingga doh mengembang. Dalam masa sama, panaskan oven.
13. Sapukan permukaan doh dengan sedikit air.
14. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing .
15. Setelah masak, sejukkan seketika sebelum diletakkan topping. Sedia untuk dimakan.
Kalau ada stok tuna di rumah, bolehlah cuba dua resipi berasaskan tuna ni. Sedap sesangat. Nak buat pun mudah je. Tak perlu nak pening fikir apa nak masak. Dua menu ini adalah sandwic dan puff. Makan dua menu ni, boleh kenyang lama. Boleh dihidang untuk sarapan atau minum petang.
SANDWIC TUNA GORENG
Bahan-bahan
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (cencang halus)
1 tin tuna
4 keping roti
Sedikit mayones
100 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
80 ml air
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Cara memasak
1. Campurkan hirisan bawang, cili dan tuna dalam satu mangkuk. Gaul sebati. Sapukan di atas roti. Letakkan sedikit mayones dan lapiskan dengan sekeping roti lagi.
2. Bancuh tepung gandum bersama sedikit garam dan air. Celup roti ke dalam bancuhan tepung.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.
4. Angkat dan tos.
5. Potong roti menjadi bentuk tiga segi dan sedia dinikmati.
Bahan-bahan inti
150 gram isi tuna dalam tin (toskan)
2 sudu makan mayones
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 biji cili merah (buang biji dan cencang halus)
Daun bawang secukupnya (cencang)
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara memasak
1. Keluarkan puff pastri (segera) dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik. Ketepikan.
2. Campurkan semua bahan inti dan gaul rata.
3. Terap puff pastri mengikut cita rasa dan isi sesudu inti ke dalamnya. Tutup puff dan rapikan tepinya. Susunkan ke dalam dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung. Sapu sedikit kuning telur ke atas puff.
4. Bakar pada suhu 170C selama 10 hingga 12 minit atau sehingga puff keperang-perangan.
5. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Hebat sungguh khasiat kacang walnut ni. Walnut mengandungi anti oksidan dua kali lebih banyak daripada jenis kacang lain. Anti oksidan pada walnut memiliki manfaat 15 kali lebih besar berbanding vitamin E .
Kredit foto : hamiast.com
Anti oksidan dalam walnut mampu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat bahan-bahan kimia yang menyebabkan penyakit. Jom semak apa lagi manfaat kesihatan yang terdapat pada walnut…
1. Memelihara Jantung Selain kaya antioksidan, walnut juga kaya dengan asid lemak omega 3 yang meningkatkan jumlah kolesterol baik dalam tubuh dan menyingkirkan kolesterol jahat. Sengenggam walnut boleh mengelakkan daripada penyakit jantung, stroke, atau penyakit jantung koroner.
Krediti foto : medicalnewstoday.com
2. Mengurangkan keradangan Walnut juga diketahui mampu mengatasi penyakit keradangan seperti asma, psioriasis, eczema, atau arthtritis.
3. Meningkatkan pertahanan badan Anti oksidan yang ada dalam walnut membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari proses penuaan, kanserr, dan penyakit saraf.
4. Membuat kulit sihat bermaya
Kredit foto : instructables.com
Kandungan omega-3 pada walnut juga menguatkan membran sel kulit, mengunci kelembaban, dan nutrisi di dalamnya yang boleh menyihatkan kulit dan mengeluarkan racun dari sel kulit. Walnut juga boleh melindungi kulit dari kekeringan. Ia juga digunakan dalam bahan aroma terapi, dan produk kosmetik.
5. Kehamilan Wanita hamil disyorkan memakan walnut. kandungan vitamin B kompleks yang tinggi serta vitamin lain seperti folat, riboflavin, thiamin, dan lainnya sangat diperlukan oleh ibu hamil.
6. Kaya mineral Walnut mengandung banyak memerulkan mineral seperti mangan, potassium, kalsium, besi, magnesium, dan tembaga. Mineral ini juga baik untuk untuk perkembangan sperma lelaki.
7. Melawan sembelit Walnut juga baik untuk sistem penghadaman dan boleh untuk mengatasi masalah konstipasi atau sembelit.. Memakan walnut secara teratur dan makanan kaya lemak lainnya akan menjauhkan anda daripada sembelit.
8. Mencantikkan rambut Walnut adalah makanan berkhasiat untuk rambut sihat, ia kaya dengan biotin. Biotin adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk menguatkan rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah kerontokan. Kurangnya biotin selalu dikaitkan dengan rambut rontok atau patah.
9. Makanan Diet
Kredit foto : delishknowledge,com
Sedang berdiet? Anda disyorkan menambahkan walnut dalam makanan diet anda. Kacang ini memiliki kolesterol rendah. Namun ingatwalnut juga tinggi kalori yang tidak boleh dimakan terus menerus atau berlebihan. Pastikan hanya menambahkan sekitar 1.5 auns pada menu diet .
Dah tahu khasiatnya jom kita buat pie berasaskan inti walnut seperti yang dikongsikan resipinya: allrecipes.com
ENGLISH WALNUT PIE
Kredit foto : allrecipes.com
BAHAN-BAHAN
3 biji telur
¼ sudu teh garam
¾ cawan gula halus
2 sudu teh ekstrak vanilla
¾ cawan sirap jagung
1 cawan walnut cincang
¼ cawan mentega
23 sm kulit pie
Bahan kulit pie: (saiz besar, 23 sm)
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan mentega (beku terus dari peti ais ye)
4 sudu besar air ais sejuk
CARA MEMASAK : Cara buat kulit pie : 1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan butter dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jgn lama sangat, cukuplah sehingga butter tu bergaul dengan tepung. 2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehingaga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk 3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
Resipi kulit pie :www. enyabdullah.com
Cara memasak inti : 1. Panaskan oven suhu 205 darjah celcius 2. Pukul telur dalam mangkuk besar. Masukkan gula, garam vanilla dan sirap jagung hingga sebati. 3. Cairkan mentega dan masukkan ke dalam adunan telur tadi, kacau. 4. Masukkan walnut dan kacau 5. Tuangkan inti ke dalam kulit pie 6. Bakar selama 10 minit, kemudian kurangkan ke suhu 150 darjah Celcius. 7. Teruskan membakar selama 35 min hingga 45 minit.