Resipi Roti Sosej Goreng Paling Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Share

Jom buat Roti Sosej Goreng. Ibu-ibu pastinya asyik memikirkan menu yang hendak disediakan untuk anak. Salah satu snek mudah, sedap dan mengenyangkan yang boleh dicuba ialah Roti Sosej Goreng perkongsian saudari Shah Ruzanna Shafiee.

Buat secara homemade tentunya lebih jimat, kebersihan terjamin dan boleh puas makan.Maklumlah, sekarang ni makanan siap masak harganya mahal. Jadi kalau keluarga yang anak ramai, agak terbeban dengan kos yang dikeluarkan.

Oleh itu, untuk lebih mesra poket dan belanja, jom cuba buat sendiri. Mana tahu, dari buat untuk makan anak beranak, boleh pula dijadikan bahan jualan. Kan best tu. Moga resipi ini memberi manfaat buat semua. Selamat mencuba!

CARA BUAT ROTI SOSEJ GORENG SEDAP TANPA BANYAK BAHAN


BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum beli online disini
2 sudu makan gula halus beli online disini
1 1/2 sudu makan marjerin beli online disini


1 sudu teh garam
1 sudu makan yis – bancuh dengan 1/2 cawan air suam beli online disini
Sosej secukupnya – potong dan celur

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung gandum, gula halus, marjerin dan garam. Gaul hingga sebati.

2. Kemudian masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.

3. Biarkan doh mengembang. Kemudian bulat-bulatkan doh dan gentel memanjang.

4. Lilit doh pada sosej dan kemaskan lilitan suapay ia tidak terbuka ketika digoreng.

5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Kredit resipi & foto: Shah Ruzanna Shafiee

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur