
Bila cuti sekolah, ibu-ibu pastinya asyik memikirkan menu yang hendak disediakan untuk anak. Salah satu snek mudah, sedap dan mengenyangkan yang boleh dicuba ialah Roti Sosej Goreng perkongsian saudari Shah Ruzanna Shafiee. Buat secara homemade tentunya lebih jimat, kebersihan terjamin dan boleh puas makan. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI SOSEJ GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan gula halus
- 1 1/2 sudu makan marjerin
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan yis – bancuh dengan 1/2 cawan air suam
- Sosej secukupnya – potong dan celur
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, gula halus, marjerin dan garam. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Biarkan doh mengembang. Kemudian bulat-bulatkan doh dan gentel memanjang.
4. Lilit doh pada sosej dan kemaskan lilitan suapay ia tidak terbuka ketika digoreng.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Kredit resipi & foto: Shah Ruzanna Shafiee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Rojak Mamak. Masak Sendiri Baru Puas Makan

Rojak Mamak memang enak. Kombinasi pelbagai bahan di dalamnya yang dinikmati bersama kuah kacang, sangat mengasyikkan dan membuka selera. Bagi anda yang menggemari hidangan rojak ini, resipi dari saudara Emee Sham ini tentunya harus anda cuba. Sangat berbaloi masak untuk keluarga.
CARA MASAK ROJAK MAMAK YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN CUCUR UDANG:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 cawan tepung beras – beli online disini
Sedikit mauripan – campur air – beli online disini
Daun kucai – hiris
Garam
Serbuk kunyit – beli online disini
Udang
Bawang merah – dipotong dadu – beli online disini
BAHAN KUAH KACANG:
Kacang tanah secukupnya – disangai kemudian dikisar – beli online disini
5 biji bawang merah – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
10 keping biskut meri – dikisar halus
Pes cili secukupnya – beli online disini
Gula merah secukupnya – beli online disini
Gula putih secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN:
Ubi kentang rebus
Telur rebus
Tauhu – digoreng
Timun
CARA MEMASAK CUCUR UDANG:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung beras bersama air biasa.
2. Masukkan mauripan. Kemudian rehatkan adunan. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Masukkn serbuk kunyit dengan secukupnya, bawang, daun kucai dan juga garam secukup rasa. Gaul rata.
4. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali.
5. Masukkan sudip dalam minyak yang panas tadi seketika. Keluarkan sudip dan masukkan adunan cucur.
6. Letakkan udang pada adunan tersebut dan tekan sedikit agar udang tidak tertanggal dari tepung sewaktu digoreng.
7. Masukkan sudip kembali ke dalam kuali dan biarkan seketika. Nanti adunan cucur akan tanggal dengan sendiri.
8. Masak hingga cucur keperangan. Ulang langkah sama hingga habis adunan.
CARA MEMASAK KUAH KACANG:
1.Panaskan minyak dan masukkan kisaran bawang merah dan bawang putih. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan pes cili (anggaran 1-2 sudu makan). Tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kacang tanah. Gaul rata.
4. Masukkan sedikit air. Masak hingga kacang lembut.
5. Bila sudah sebati, masukkan kisaran biskut meri dan juga air. Kacau rata.
6. Perasakan dengan gula merah, gula putih, garam dan air asam jawa dengan secukupnya. Kacau rata.
7. Bila semua rasa telah sempurna, masukkan bijan yang telah disangai ke dalam kuah. Padamkan api.
8. Hidangkan kuah kacang bersama cucur udang dan juga bahan-bahan rojak yang lain.
Kredit resipi & foto: Emee Sham
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gaul-Gaul Dah Siap. Resipi Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah & Sedap
Mudah, Simple & Sedap. Resipi Kuih Cakoi Goreng Hanya Guna 4 Bahan
Resipi Kek Marjerin Kampung Guna Sukatan Cawan. Lembut Gebu Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Jom cuba! Resipi Kuih Siput Lemak Manis & Kuih Siput Original Daun Kari

Sebut sahaja Kuih Siput sama ada yang original rangup berperisa kari atau lemak manis, ramai yang menyukainya. Rangup dan enak. Sekali makan, memang ralit dibuatnya. Nak buatnya pun mudah je. Anda sendiri boleh hasilkan untuk kudapan suami dan anak-anak. Lagipun jika buat secara homemade memang lebih sedap, rangup dan puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Azliza Mohamed ni. Berbaloi sangat.
RESIPI KUIH SIPUT LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 2 1/2 sudu makan gula kastor – beli online disini
- 1 sudu teh garam halus
- 3 sudu makan marjerin – beli online disini
- Air sejuk secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Campurkan tepung gandum, gula, garam dan marjerin dalam satu bekas. Gaul sebati semuanya.
2. Campurkan air sejuk sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi sambil diuli.
3. Bila doh sudah sebati (pastikan doh tidak keras, tidak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap), cubit doh dan gentle menjadi bebola kecil.
4. Ambil bebola doh dan terap menggunakan papan penerap kuih siput.
5. Bila semuanya sudah siap, panaskan minyak dalam kuali dan goreng Kuih Siput hingga keperangan.
6. Angkat, toskan minyak dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
7. Rasanya memang sedap, rangup dan lemak manis.
RESIPI KUIH SIPUT RANGUP KARI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tepung gandum
- 1 cawan marjerin
- 1/2 cawan gula kastor
- 3 sudu makan serbuk kari ikan/ daging – beli online disini
- 1 sudu teh garam
- 1 biji telur
- 1 kotak kecil santan (200ml) – beli online disini
- Sedikit air sejuk (kocak bekas kotak santan tadi)
- Daun kari secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan uli hingga jadi doh yang lembut.
2.Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
3. Gentle-gentel doh menjadi bebola kecil. Lakukan sehingga habis dan terap di atas acuan kuih siput.
4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan masukkan kuih siput tadi.
5. Bila Kuih Siput hampir masak, baru masukkan daun kari. Goreng seketika.
6. Angkat dan toskan minyak. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Nor Azliza Mohamed
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Roti Expired! Buat Mini Sandwich Frozen Rangup Diluar Lembut Didalam

MINI SANDWICH SARDIN
Roti yang sudah atau hendak expired jangan dibuang. Elak pembaziran jadi olah di jadikan mini sandwich dan boleh dijadikan stok frozen.
- Roti
- Sardin
- Marjerin
- Kulit popia
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Sapukan margerin pada roti.
2. Roti dibahagikan kepada dua bahagian
3. Bubuh inti pada roti. Kali ini guna sardin tapi boleh kalau mahu pakai inti lain. Jangan banyak sangat nanti masa hendak melipat habis inti terkeluar.
4. Roti yang sudah ada inti dilipat dua.
5. Ambil kulit popia, lipatkan roti tadi dan gamkan gunakan bancuhan tepung gandum dengan sedikit air. Kalau nak pakai putih telur pun boleh.
INFO:
- Selepas gam perlu keringk dahulu takut nnt melekat masa nk susun dlm bekas..take noted
- Sudah siap bolehlah susun dalam bekas dan dimasukkan dalam fridge. Jika mahu goreng tinggal ambik sahaja dalam fridge.
- Inti masak macam biasa atau ikut citarasa anda.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Arieza Rieza
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Buat Stok Sardin Roll Frozen Untuk Makan Sendiri Atau Bisnes
Beef & Tuna Sandwich, 2 Resipi Untuk Sarapan Pagi Yang Penuh Tenaga
Cara-Cara Hasilkan Doh & Inti Karipap Sardin Rangup Resipi Turun Temurun Bonda.