Bila cuti sekolah, ibu-ibu pastinya asyik memikirkan menu yang hendak disediakan untuk anak. Salah satu snek mudah, sedap dan mengenyangkan yang boleh dicuba ialah Roti Sosej Goreng perkongsian saudari Shah Ruzanna Shafiee. Buat secara homemade tentunya lebih jimat, kebersihan terjamin dan boleh puas makan. Selamat mencuba!

 

RESIPI ROTI SOSEJ GORENG

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan gula halus
  • 1 1/2 sudu makan marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan yis – bancuh dengan 1/2 cawan air suam
  • Sosej secukupnya – potong dan celur

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Satukan tepung gandum, gula halus, marjerin dan garam. Gaul hingga sebati.

2. Kemudian masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.

Resipi Roti Sosej Goreng Paling Mudah Untuk Anak-Anak.

IKLAN

3. Biarkan doh mengembang. Kemudian bulat-bulatkan doh dan gentel memanjang.

4. Lilit doh pada sosej dan kemaskan lilitan suapay ia tidak terbuka ketika digoreng.

Resipi Roti Sosej Goreng Paling Mudah Untuk Anak-Anak.

IKLAN

5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Resipi Roti Sosej Goreng Paling Mudah Untuk Anak-Anak.

Kredit resipi & foto: Shah Ruzanna Shafiee

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI