Siapa sahaja yang tidak menggemari roti. Kalau nak mudah ada yang suka membeli dan tak kurang juga yang minatnya suka membuat roti. Macam-macam roti dah kita cuba jom hari ni kita belajar buat roti Vienna ikut resipi Chef Ritz. Mengikut sejarah, roti ini berasal dari negara Austria yang terletak di Eropah tengah. Sesuai dijadikan hidangan sandwic ala subway. Bila dah siap rotinya bolehlah letakkan smoked salmon, susun salad, sedikit mayonis. Fuhhh… Memang terangkat. Boleh hias ikut citarasa dan kreativiti masing-masing.
ROTI VIENNA
Ads
Bahan-bahan: 500g tepung pastry , T45 300g air 30g tepung susu 10g garam 30g gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 8g yis kering-BELI ONLINE DI SINI 100g butter (unsalted) *optional, kalau nak tambahkan bread improver, boleh masukkan 5g (1%) dalam formulasi.
Cara membuat:
Masukkan semua bahan kering dan cecair ke dalam mixer dan uli pada kelajuan perlahan.
Selepas doh terbentuk, masukkan butter dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh ‘fully developed’.
Rehatkan doh selama 30 minit di dalam chiller.
Pindahkan ke atas meja dan bahagian doh kepada 8 bahagian. Berat lebih kurang 120g sebiji.
Leperkan doh dengan menggunakan rolling pin.
Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas. Doh bentuk oval panjang.
Letakkan di atas dulang baguette. (roti ni disyorkan menggunakan dulang baguette)
Sebelum.
Kelar roti seperti gambar di bawah
Biarkan doh kembang 2 kali ganda. lebih kurang 1 jam.
Panaskan oven dan bakar roti pada suhu 180-200 darjah selsius selama 13-15 minit. (bergantung pada oven masing-masing).
Siapa sangka Brokoli ‘Super Food’ ini bukan hanya sedap sebagai sayur tetapi juga boleh diolah jadi kudapan seperti digoreng celup tepung dan dijadikan muffin dan banyak lagi. Sebagai sayur kaya dengan pelbagai khasiat, anda manfaatkan brokoli dalam bermacam menu. Antaranya seperti dalam dua resipi yang dikongsikan di bawah ini.
BROKOLI GORENG RANGUP BAHAN-BAHAN:
500gm brokoli | potong dadu
1/2 cawan tepung goreng serbaguna |sebarang jenama
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1cawan tepung tempura | sebarang jenama
Sedikit air
300gm minyak masak | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Renehkan air dalam periuk, celur sekejap 3-4 minit brokoli.
Angkat, tos dan ketepikan.
Campurkan tepung serbaguna dengan serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul rata.
Taburkan dalam bekas berisi brokoli tadi, gaul rata. Tambahkan sedikit air untuk memastikan tidak ada tepung berketul.
Setelah brokoli bersalut tepung sepenuhnya, gaulkan pula dalam tepung tempura. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga garing.
Angkat dan tos.
Brokoli sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
MUFFIN BROKOLI TELUR BAHAN-BAHAN: 1/2 biji brokoli | potong dadu besar dan rebus 3-4 minit 5 biji telur 1/2 sudu teh serbuk daun Thyme 1/2 sudu teh serbuk bawang putih 1 sudu teh serbuk pati ayam 1 sudu teh serbuk lada sulah 1/2 cawan parutan keju cheddar
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
Kemudian masukkan ke dalamnya serbuk pati ayam, lada sulah, serbuk bawang putih dan serbuk daun Thyme.
Kacau rata, baru masukkan brokoli dan 3/4 dari keju. Kacau rata.
Sediakan loyang muffin. Sapukkannya dengan mentega.
Tuangkan bancuhan muffin ke dalam loyang hanya 3/4 permukaan acuan sahaja. Taburkan lebihan parutan keju di atasnya.
Bakar hingga kuning keperangan lebih kurang 20-25 minit.
Siapa yang pernah rasa kek ini? Ada yang menggelarnya kek Bunga Rampai atau Kek Kelapa. Walau apapun gelarannya, di dalamnya kek ini diletakkan kelapa. Tambah sedap bila kelapa parut yang digunakan ini disangai. Bau aroma kek ini ketika dibakar memang semerbak harum.
Kek Kelapa/Kek Bunga Rampai Bahan-bahan: 1 1/2 cawan majerin/butter 1 1/2 cawan gula kastor.(Saya guna 1 1/4 cawan) -BELI ONLINE DI SINI 4 biji telur 1 sudu kecil ovelete -BELI ONLINE DI SINI 2 sudu makan susu paket 2 1/4 cawan tepung naik sendiri. (Saya guna tepung gandum letak 1 sudu kecil baking powder diayak 1 1/2 cawan kelapa kering. Saya guna kelapa parut disangai. Bahagi 3.Warnakan hijau, merah,kuning. Tak ada warna merah letak warna pink. Perasa-Vanila/ros/kelapa.coconut paste.Saya suka perasa ros.
Cara memasak: 1.Pukul majerin dengan gula hingga kembang. 2.Masukkan telur dan ovelete. Gaul sebati. 3.Masukkan tepung.
4.Akhir sekali masukkan kelapa. 5.Bakar dalam oven api atas bawah. Bawah 170 atas 160 (ikut kepanasan oven masing-masing)Lebih kurang dalam 50 minit ke 1 jam.
Sapa saja yang tidak menyukai apam. Dah la lembut, gebu memang ketagih nak makan. Apam kampung pandan berinti ini semerbak harum baunya kerana menggunakan air pandan. Nak mudah buat, gunakan acuan lompang.
Apam kampung pandan berinti Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 1/4 air pandan 1 sudu makan yis, dalam 5 gm-BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan gula Sedikit pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI Campurkan semua.Perap hingga kembang.
Inti. 1.Kelapa parut muda, gula merah, sedikit gula putih, sedikit garam. daun pandan.Masak hingga kering. 2.Taburkan tepung sikit supaya senang dibentuk bulat kecil-kecil. 3.Acuan sapu minyak. 4.Pengukus panaskan dulu. 5.Adunan dah kembang, dikacau lagi.Letak dalam acuan 1/2 saja.
6.Kemudian letak inti.Letak lagi adunan.Buat sampai habis.
7.Kukus dalam 15 minit. *Nak banyak adunan buat 2 kali ganda. Kredit: Badariah Abdrahman
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira