Resipi Sagon Kelapa Nestum, Snek Tradisional Buat Sendiri Di Rumah

Share

Dulu masa kecil, saya paling suka snek Sagon Kelapa Nestum. Tak pernah buat sendiri tapi selepas jumpa resipi Sagon Kelapa Nestum yang dikongsikan oleh Affieyza Isahak di Facebook ni nampak mudah dan memang menarik untuk dicuba. Sedap dangat Sagon Kelapa Nestum ni kalau dimakan sambil tonton tv. Suap dalam mulut je rasa Sagon Kelapa Nestum tu cair dalam mulut memang ketagih. Jom cuba!

Lagi best kalau dapat sangai bahan Sagon Kelapa Nestum ni guna Shogun Twister 40cm Jumbo Wok. Dapatkan dengan harag istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!

 

SAGON KELAPA NESTUM

BAHAN-BAHAN:

2 cawan kelapa parut
1 cawan nestum – BELI DISINI
2 cawan tepung beras – BELI DISINI
1 cawan tepung pulut – BELI DISINI
Daun pandan kering
Sedikit garam
Gula ikut kesesuaian – BELI DISINI

CARA PENYEDIAAN:

Sangai kelapa sehingga kering dan ketepikan.

Sangai nestum sehingga betul-betul rangup dan ketepikan.

Sangai tepung bersama daun pandan dalam 10 minit.

Masukkan kelapa parut dan nestum tadi gaul sebati.

Sangai semua sehingga ringan

Tutup api dan masukkan gula, garam ikut citarasa sendiri.

Bila dah suam, kisar separuh hancur.

Bungkus ikut citarasa sendiri.

Dah siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Affieyza Isahak

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

 

Published by
Nadzirah Rashid