Sagu Gula Melakasimpledan mudah begini ni jika makan sejuk-sejuk memang sangat sedap. Manisan ini memang popular dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak buatnya pun tidak sukar. Bahan-bahan sangat ringkas dan mudah didapati. Terasa nak makan Sagu Gula Melaka petang ni? Saudari Nurbazlyn Husna ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT SAGU GULA MELAKA SIMPLE, MUDAH TAPI SEDAP
CARA MEMASAK: 1. Rebus sagu bersama air hingga masak. Jika masih belum masak, tapi air bertambah pekat, tambah air sampai sagum asak sepenuhnya. 2. Bila sudah masak, toskan sagu sambal dilalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji serta elak sagu dari melekat. Toskan. 3. Untuk warna yang cantik, tambah sedikit sirap. Letk dalam peti sejuk seketika. 4. Untuk air gula melaka, panaskan 3 cawan air, gula melaka dan gula perang. Panaskan. 5. Bila sudah mendidih dan air gula melaka sudah sedikit pekat, boleh tutup api. 6. Untuk menghidang, letak sagu dalam bekas, air gula melaka dan akhir sekali tuang susu cair.
7. Nak lagi sedap, tambah ais dan nikmati sejuk. Selamat mencuba!
Apam pisang ni memang sedap. Kalau makan satu je mesti tak cukup. Nak beli pun agak mahal, lebih baik buat sendiri di rumah. Pastinya lebih gebu dan sedap. Bahan yang digunakan pun ringkas dan tidak susah. Jom kita cuba buat apam pisang menggunakan resipi oleh saudari Junainah Borhan.
Rindukan kampung halaman, tiba-tiba teringat kuih lejen ni. Kuih Jongkong ni rasanya ada ala ala kuih tepung pelita.Bezanya kuih tepung pelita, lapisan putih berada di atas sekali dan tidak dibungkus tertutup. Balut dengan daun pisang. Adunan santan dan pandan dan ada gula merah. Serbuk gula merah digunakan supaya bila dikukus nanti akan berkuah, sedap. Aroma daun pisang tu akan menyedapkan lagi. Masuk peti ais lagi sedap. Lagi banyak gula dan santan, lagi sedap dan berkuah.
Bahan-bahan: Adunan hijau Air pandan 1 cawan tepung beras Air kapur Sedikit tepung ubi. -BELI ONLINE DI SINI
Kacau-kacau, lebih kurang adunan buat cendol. Lembut-lembut kenyal.
Adunan putih Santan Garam Air Tepung beras. Sama macam adunan tepung bungkus/tepung pelita, tetapi lebih lembut. Kena lemak.- BELI ONLINE DI SINI
Daun pisang
Cara memasak:
1.Kacau keduanya atas api separuh masak. Masa mengacau tu,agak-agak adunan lembut lekat kat hujung senduk elok lah tu. Kalau keras tambah air panas.
2.Di tengah tengah daun pisang diletakkan sepotong lapisan hijau. Masukkan 1 sudu besar gula merah dan akhir sekali, masukkan santan.
Serbuk gula merah/ racik gula melaka/gula kabung. Kalau serbuk gula merah saya guna pek warna hijau cap bintang. 3.Lipat acuan daun pisang tadi seperti bungkus tapai dan semat dengan stapler atau lidi untuk mengemaskannya.
4.Susun dalam periuk pengukus dan dikukus selama 20-30 minit. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.