Sagu Gula Melaka simple dan mudah begini ni jika makan sejuk-sejuk memang sangat sedap. Manisan ini memang popular dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak buatnya pun tidak sukar. Bahan-bahan sangat ringkas dan mudah didapati. Terasa nak makan Sagu Gula Melaka petang ni? Saudari Nurbazlyn Husna ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT SAGU GULA MELAKA SIMPLE, MUDAH TAPI SEDAP
BAHAN-BAHAN:
200gm sagu – beli online disini
2 ketul gula melaka – beli online disini
4 sudu makan gula perang – beli online disini
Air
Susu cair – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Rebus sagu bersama air hingga masak. Jika masih belum masak, tapi air bertambah pekat, tambah air sampai sagum asak sepenuhnya.
2. Bila sudah masak, toskan sagu sambal dilalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji serta elak sagu dari melekat. Toskan.
3. Untuk warna yang cantik, tambah sedikit sirap. Letk dalam peti sejuk seketika.
4. Untuk air gula melaka, panaskan 3 cawan air, gula melaka dan gula perang. Panaskan.
5. Bila sudah mendidih dan air gula melaka sudah sedikit pekat, boleh tutup api.
6. Untuk menghidang, letak sagu dalam bekas, air gula melaka dan akhir sekali tuang susu cair.
7. Nak lagi sedap, tambah ais dan nikmati sejuk. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Nurbazlyn Husna
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official