Resipi Sajian Barat & Timur Yang Mudah Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Ep 8.

Share

Sedar tak sedar, Rasa: Ketuhar Kuali  sudah memasuki episod ke 8. Setiap minggu dalam Rasa Ketuhar Kuali, Aunty Aini dan Adam Didam tidak pernah jemu berkongsi koleksi resipi terbaik untuk para penonton. Seperti biasa, untuk episod kali ini, kedua-dua selebriti  ini telah berkongsi tiga lagi menu istimewa yang sesuai dihasilkan untuk keluarga. Malah Aunty Aini & Adam juga menggunakan gula CSR sebagai salah satu bahan yang menjadi rasa masakan lebih lazat. Memang kena cuba.

<<Klik disini untuk resipi penuh Rasa: Ketuhar Kuali Episod 7>>

 

1. JALAPENO BERBALUT DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • Keju Mozarella
  • 10 Biji Jalapeno
  • 1/2kg Daging Cincang
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Lada Hitam
  • Garam
  • Cili Merah
  • Telur Ayam Besar
  • Daun Ketumbar
  • Daun Bawang
  • Minyak Masak
  • Roti
  • Susu

CARA MEMASAK:

  1. Sumbat cili Jalapeno yang telah dibuang bji dengan keju.
  2. Kisar bawang merah, daun ketumbar, daun bawang.
  3. Campurkan bahan kisar dengan daging cincang, telur dan roti yang telah dibuang kulit, direndam susu dan diperah.
  4. Gaul rata bahan-bahan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  5. Balut jalapeno dengan daging yang telah digaul rata.
  6. Bakar selama 1 jam pada suhu 180-200’C.
  7. Siap untuk dihidang.

 

2. IKAN PANGGANG BERINTI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2kg Ikan Kembong
  • 1 Biji Kelapa Parut
  • 1 Inci Lengkuas
  • 3 Batang Serai
  • Daun Kesum
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 5 Biji Bawang Merah
  • 10 Biji Cili Padi
  • Minyak Masak
  • 4 Helai Daun Limau Perut
  • Limau Kasturi
  • 2 Inci Kunyit Hidup
  • Garam

CARA MEMASAK:

  1. Keluarkan separuh isi ikan, yang telah dibersihkan dan dibuang tulang.
  2. Perah limau keatas dan didalam ikan.
  3. Kisar isi ikan, kelapa parut, bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, daun limau purut, cili padi, lengkuas, garam dan jus limau.
  4. Sumbat bahan kisar kedalam perut ikan.
  5. Susun di atas dulang pembakar, dan sapukan sedikit minyak diatas ikan.
  6. Bakar selama 30-40 minit pada suhu 180-200’C.
  7. Siap untuk dihidang.

 

3. BOMBOLONI COKLAT

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm Tepung Roti
  • 130gm Tepung Gandum
  • 4gm Yis Segera
  • 80gm Gula
  • 2 Biji Telur
  • 1 Sudu Besar Esen Vanila
  • 1 Sudu Teh Lemon Sagat
  • 50gm Mentega Masin
  • 110ml Air Sejuk
  • Coklat Nutella

CARA MEMASAK:

  1. Mesin tepung roti, tepung gandum, gula, telur, esen vanila, yis segera dan lemon sagat sehingga menjadi serpihan roti.
  2. Masukkan air dan mesin sehingga menjadi doh selama 15minit.
  3. Taburkan sedikit tepung gandum dan uli doh sehingga menjadi bola besar.
  4. Rehatkan doh selama 1 jam pada suhu bilik.
  5. Setelah rehat, uli doh dengan menggunakan teknik menumbuk doh.
  6. Buat doh bentuk bebola kecil.
  7. Rehatkan doh selama 30minit.
  8. Goreng sehingga coklat keemasan.
  9. Masukkan coklat Nutella kedalam beg paip.
  10. Buat lubang pada tengah sisi Bomboloni dan paip coklat kedalam.
  11. Siap untuk dihidang.

 

Published by
Nur