Resipi Sakit Lutut. Elok Kalau Diamalkan Di Bulan Puasa Ni!

Share

‎Resipi dan tip untuk yang selalu sakit lutut. Bulan puasa nak buat ibadat lebih sikit boleh la cuba amalkan resipi ni. InsyaAllah mana tau berkat kesabaran dan usaha sakit lutut dah tak rasa lagi.. Selamat mencuba!

Last week chii berpeluang solat kat surau di Mambau tau. Ada la dua tiga orang ni terpaksa solat guna kerusi. Pastu bila ditanya jawapannya lutut sakit ler nak. Aduhhhh

Kali ni chii nak share petua dan resepi untuk sakit lutut. Memang proven tau kalo diamalkan sebab ramai dah berjaya.

Antaranya sorang ustazah sekolah agama. Kalo sebelum ni nak turun naik tangga jek memang mengah. Tapi pas amalkan petua ni segalanya menjadi mudah. Syukur Alhamdulillah

Mana lah tau bleh buatkan untuk mak ayah kat kampung ke kan. Tersenyummm je pasni dorang bila lutut dah sihat

 

BAHAN-BAHAN:

• 2 biji epal hijau | potong dadu
• 4-5 batang serai | di ketuk ( kalau besar, guna 3 dah ok)
• 1 batang Kayu Manis Ceylon. ( kalau besar, guna ½)
• 5 gelas air

CARA MEMBUAT:

  1. Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air.(korang agak-agak la ye). Untuk mendapatkan hasil yang power,minum time suam, 2 kali sehari je pun dah cukup. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.
  2. Apple yang tinggal, korang kunyah jek. Kalau rajin, nak blend pun boleh. Serai ngan Kayu Manis Ceylon tu korang letak tepi je Tak payah kunyah sebab khasiat nya dah keluar pun.

 

Kenapa air ni power?

Epal, serai dengan Kayu Manis ni memang anti keradangan. Dah memang terbukti berkesan ketiga – tiga bahan baik untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berhasil merawat sakit bila minum air ni. Alhamdulillah.

Kulit epal tu korang takyah buang. Cuci bersih-bersih, pastu rebus je skali sebab kulit apple ni ada 5 kali ganda antioksida. Haaa, memang rugi lah kan kalau tak dimanfaatkan sekali. 2 in 1 gituuu.

 

Sumber: Harisun Alimin

Published by
Mastura Abu Kassim