Sedapnya Salted Egg Crab @ Ketam Telur Masin. Ketam segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili.
Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya.
Tak makan ketam? Jangan risau. Boleh sahaja gantikna dengan udang atau isi ayam. Goreng terlebih dahulu dengan bancuhan tepung gandum. Memang ngam! Oh ya, kena guna telur masin asli tau. Barulah lebih enak. Elakkan guna campuran telur masin segera. Kurang enak rasanya.
Jom cuba resipi Salted Egg Crab perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli. Anda dan keluarga pasti sukakan rasanya.
Ketam
Sedikit tepung jagung – beli online disini
Telur masin direbus – beli online disini
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega – beli online disini
Susu cair | anggaran 1/2 cawan – beli online disini
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
1.Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi.
7. Ok siap! Sedia dimakan dengan nasi panas.
Kredit foto & resipi: Izzati Insyirah Rosli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official