Resipi Sambal Ayam Bali Yang Menggiurkan

Share

Kalau anda mengejar masa tetapi masih mahu memasak, bolehlah cuba resipi ini. Lain dari biasa, hidangan ini terinspirasi dari masakan di Bali, Indonesia.

Seperti yang diketahui, makanan dari Indonesia terkenal kerana keenakkan rencahnya. Seperti resipi yang admin kongsikan dengan anda hari ini, mempunyai rasa bumbu yang harum dan memikat selera. Nak buat pun senang, hanya dengan 4 langkah mudah saja!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | dilumurkan kunyit dan garam
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 tangkai daun kari | dileraikan dari tangkai
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu makan air asam jawa

 

(Bahan Kisar):

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5cm halia
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • Minyak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, tumiskan bahan kisar, serbuk ketumbar, serai dan daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam.
  4. Akhir sekali masukkan ayam goreng dan gaul rata.
Published by
Nur