Apalah ertinya makan nasi ayam penyet kalau tiada sambal. Semua sedia maklum sambal ayat penyet memang sedap dan menjadikan selera makan semakin memuaskan. Apabila makan di restoran yang menyediakan menu ayam penyet, selain ayam goreng yang sedap tu, sambalnya turut menarikperhatian. Nak tahu macam mana buat sambal ayam penyet tu? Jom RASA kongsikan resipi daripada Pn Nj melalui telegram chanel Kaki Makan.
SAMBAL AYAM PENYET
sambal ayam penyet fb.
Ads
BAHAN-BAHAN
30 biji cili padi merah (digoreng)
12 biji cili merah 12 (dipotong dan digoreng)
4 biji tomato (dipotong 4 dan digoreng)
5 labu bawang merah (digoreng)
5 ulas bawang putih (digoreng)
1 inci belacan 1 (dibakar)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk semua bahan dan masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng lagi sehingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula. Kacau sampai masak.
Ads
INFO
Sambal ni boleh tahan 3 hingga 4 hari tanpa simpan dalam peti sejuk. Kalau simpan dalam bahagian chiller 3 hingga 4 minggu pun masih okay. Korang cuma perlu pastikan, tumis cilinya sehingga betul-betul masak.
Siapa peminat menu gulai, mesti suka dengan resipi gulai daging tulang dengan nangka muda ni.
Gulai orang lama-lama. Makan pula dengan ikan kering dan sambal belacan nenas, memang sedap tak terkata. Jom kita cuba resipi daripada Muliadi Ramli ini.
GULAI DAGING TULANG DENGAN NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
2kg daging tulang (daging direbus dulu hingga empuk)
BAHAN TUMIS
4 biji bawang merah | dimayang – beli online di sini 3 ulas bawang putih | dimayang – beli online di sini 1 inci halia | dimayang Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih) 5 sudu besar cili giling – beli online di sini
Rempah cap bunga rose 4 sudu besar rempah gulai 1 ½ sudu besar rempah masak 3 sudu besar kerisik – beli online di sini 2 biji kelapa parut (kelapa tua lagi baik) ½ keping gula melaka – beli online di sini Nangka muda (direbus hingga empuk) 3 asam keping Sedikit air asam jawa Belacan Garam & gula secukup rasa Kiub pati lembu knor (kalau tak ada tak apa)
1. Panaskan minyak. Pastikan minyak mesti lebih sedikit untuk memastikan bahan tumisan kita masak. Tumis cili boh hingga pecah minyak. 2. Masukkan bahan tumisan dan 4 sekawan. Tumis lagi sampai pecah minyak (bila lapisan minyak muncul pada atas tumisan) dan tumisan berbau wangi. 3. Masukkan bahan-bahan kisar halus. Kacau rata. Tumis lagi sampai pecah minyak lagi sekali.
4. Kemudian masukkan rempah cap bunga rose (satukan rempah gulai dan rempah masak jadikan pes) dan kacau rata. Tumis bagi sebati dan pecah minyak dan naik baunya. 5. Masukkan air rebusan daging tulang (kalau nak kuah lebih, tambah air biasa), biarkan mendidih. 6. Masukkan daging tulang, asam keping, air asam jawa dan santan. Kacau-kacau. Masukkan kerisik, gula melaka, garam dan kiub lembu. 7. Masukkan nangka muda, kacau sekata. Rasa gulai kita. Jika semua okay, tutup periuk selama 15 minit. Kecilkan api. Biarkan gulai mendidih. Tutup api.
BAHAN SAMBAL BELACAN NENAS:
*4 biji cili besar merah – beli online di sini *15 biji cili padi – beli online di sini *Belacan sebesar ibu jari (dibakar biar wangi) *1 biji limau kasturi (dibuang biji) *Garam *Gula/gula melaka @ nissey *½ sudu pes asam jawa 1 biji limau nipis Nenas | dipotong kecil
CARA-CARA:
Bahan bertanda * dikisar dengan air tapi sedang-sedang saja, jangan terlalu sedikit atau banyak. Kisar jangan terlalu halus. Keluarkan. Masukkan hirisan nenas dan perah limau nipis, siap.
Nak masuk hujung minggu ni, terasa nak buat dessert atau pencuci mulut tapi takda idea? Haa jom buat puding kastard jagung! Mudah je, sedap pun sedap..Selamat mencuba!
Resepi Puding Kastard Jagung
Bahan-Bahan
1 paket tepung kastard (300gm)
1 tin susu cair
6 cawan air
1-2 cawan gula pasir ikut manis masing-masing
Sedikit garam
2 sudu marjerin
1 tin jagung
Cara Penyediaan
Campur tepung kastard,susu cair,air,garam,gula dalam satu bekas.
Kacau hingga sebati dahulu kemudian baru masak atas api.
Kacau hingga meletup-letup dan berkilat. Kemudian masukkan jagung dan marjerin. Kacau lagi hingga sebati dan tutup api.
Masukkn ke dalam acuan ikut citarasa sendiri. Sejukkan di dalam peti ais.
Tepung Bungkus atau dikenali juga sebagai Kuih Dara Dua Sebilik kerana dalam satu bungkus intinya di isi dua bahagian antara adunan tepung. Ia diperbuat dari tepung beras, santan dan inti kelapa sebagai bahan utama. Lebih sedap kalau untuk dibuat dengan kelapa tidak terlalu tua dan mennggunakan gula kabung atau gula melaka. Memang mantaplah rasa, tak rugi kalau korang buat sendiri. Resipi macam biasa dikongsikan di bawah.
KUIH TEPUNG BUNGKUS BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung beras 4 cawan santan segar 1 sudu teh garam BAHAN INTI KELAPA: 1 biji kelapa | putih sahaja 1 cawan gula melaka 1 1/2 cawan air 1/2 cawan gula pasir Secubit garam 2 helai daun pandan | simpul 1 sudu makan tepung gandum
CARA MEMBUAT:
Dalam periuk, campurkan santan, tepung beras dan garam. Kacau rata.
Renehkan atas api kecil hingga pekat.
Untuk membuat inti: Masukkan gula melaka, gula pasir, air, daun pandan dan secubit garam.
Renehkan guna api perlahan hingga gula hancur.
Masukkan kelapa, kacau sebati hingga air kering.
Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Letakkan adunan tepung atas daun pisang seperti dalam gambar dan letakkan inti di dua bahagian atas adunan tepung. Kemudian balut dengan daun pisang seperti buat lepat biasa.