Resipi Sambal Balado Indonesia, Padu Betul Rasanya. Tak Cari Lain Dah

Share

Hidangan sambal biasanya merupakan menu tambahan sebagai pelengkap satu-satu hidangan. Kata orang, lagi pedas lagi sedap. Antaranya, Sambal Balado. Boleh dimasak dengan ikan keli, ayam ataupun daging goreng.

Pelbagai resipi dihasilkan untuk menjadikan sambal balado itu sedap. Namun, adakala tidak menepati cita rasa seseorang. Lain orang, lain cita rasanya.

Bagi Mazliana Mazlan yang sudi berkongsikan resipi Sambal Balado yang sedap ini, dia mendapat resipi ini daripada rakan adiknya yang berasal dan menetap di Indonesia. Selepas mencubanya, dia tidak lagi mencari resipi sambal balado lain di internet kerana telah menjumpai resipi yang betul-betul kena dengan lidahnya. Padu sangat rasanya.

Sambal ini pelbagai guna, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumahnya. Jom kita buat.

SAMBAL BALADO ALA INDONESIA

BAHAN-BAHAN:

1 biji bawang besar – Boleh beli online di sini

1 biji tomato – Boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih

3 biji cili merah

3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)

2 inci belacan – Boleh beli online di sini

2 sudu besar gula – Boleh beli online di sini

Garam secukup rasa

Minyak

**Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai panduan sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.

CARA MEMASAK:

Kisarkan bahan-bahan di atas menggunakan food processor. Jangan letak air langsung. Kalau rajin, boleh tumbuk. Jika menggunakan pengisar, boleh letakkan sedikit sahaja air.

Kisar jangan sampai lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili begini.

Panaskan minyak.

Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk atau dikisar tadi. Masak sehingga agak kering airnya untuk tahan lebih lama. Biar betul-betul kering airnya.

Kemudian, masukkan gula. Saya guna organic raw cane sugar.

Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh juga.

Siap. Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku. Boleh tahan dalam 2 minggu.

Ini salah satu menunya. Pecel lele. Padu betul rasanya.

Jika nak membuat nasi goreng ataupun digaul dengan ayam atau ikan goreng, boleh buat cara memasak seperti di bawah.

NASI GORENG: Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.

AYAM / IKAN BALADO: Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah.

Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau!

Selamat mencuba.

Kredit: Mazliana Mazlan

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida