
Menu yang ringkas sebenarnya lebih sedap daripada menu berat. Kadang-kadang kita jadi tak lalu makan kalau melihat lauk yang hampir sama setiap hari. Kalau ada sambal boleh juga membangkitkan selera. Kalau selalu buat sambal belacan mentah, ni cuba pulak buat yang bergoreng. Percayalah, anda bakal makan bertambah-tambah.
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji cili merah
- 10 biji cili padi (ikut pedas)
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- Sedikit belacan
- Air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan dan panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.
3. Masukkan air asam jawa. Perisakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Kalau suka, biar sedikit garing.
Kredit resipi & gambar: Aliza Ahmad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mudah Saja Buat Sos Cili Homemade, Buat Banyak Boleh Simpan

Sos cili yang seimbang rasa masam, manis dan pedasnya memang ketagih nak menyicah. Jom kita buat sos cili homemade. Dapat sebekas boleh tahan dua minggu. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Sedap buat cicah tempe goreng, pisang goreng dan macam-macam lagi.Kalah sos cili buatan kilang jenama terkenal.
Sos Cili Homemade

Bahan-bahan:
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih-beli online di sini
3 cawan air
1 cawan gula
3 sudu makan cuka-beli online di sini
2 susu besar tepung jagung -beli online di sini+ 2 sudu makan air
Garam
Cara membuat:

1.Dalam periuk, masukkan cili kisar dan bawang putih yang dah di tumbuh hancur.

2.Masukkan air, gunakan api sederhana sahaja.

3.Dah mendidih letak gula dan cuka. Biarkan ia mendidih.

4.Biarkan dalam 15 minit.

5.Masukkan tepung jagung yang dah dicampur air. Biarkan lagi 10 minit. Matikan api, tunggu sejuk baru simpan dalam bekas.

6.Pekat melikat kuah cili ini.
Kredit: Umi Watie
Terung John. Idea Menu Rendah Karbo Untuk Turunkan Berat Badan
Resepi Kari Terung Ikan Masin Kurau. Menu Mudah Pembuka Selera
4 Jenis Sambal Bilis Sedap & Senang Membuatnya.

Sambak ikan bilis . sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mantah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata salah satu dari empat sambal bilis ni…
SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | dikopek
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 15-20 tangkai cili kering | dikisar
- 1 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
- Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
- Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
- Masukkan pula hirisan bawang besar.
- Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
- Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.

SAMBAL BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
- 150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
- 6 ulas bawang merah | dikisar kasar
- 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
- 10 tangkai cili kering | dikisasr halus
- 10 biji cili padi | dikisar halus
- 1 sudu besar air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
- Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
- Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Angkat dan hidangkan.

SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis | dikopek
- 10 tangkai cili padi
- 1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
- 1 biji limau nipis
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Cuci ikan bilis dan toskan.
- Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
- Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
- Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
- Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
- Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.

SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis | dikopek
- 2 biji telur
- 20 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
- Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
- Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
- Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
- Tutup api angkat dan hidangkan.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Bagi pencinta sambal, resipi Sambal Padang perkongsian saudara Khabbab Jamalludin ni antara yang sangat berbaloi dicuba. Padu betul. Kombinasi sambal yang dihasilkan dari campuran cili padi, cili hijau, cili merah ditambah pula dengan aneka bawang yang banyak memang sangat enak. Memang nikmat tak terkata. Cara nak nikmatinya? Boleh sahaja mengikut selera anda. Andai dimakan bersama Ayam Goreng, Terung Goreng sudah cukup buat anda makan bertambah. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK SAMBAL PADANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- Bawang besar sedikit – beli online disini
- Bawang putih sedikit – beli online disini
- Cili Merah
- Cili Hijau
- Cili Api
- Sedikit air
- Minyak masak secukupnya – beli online disini
- Asam keping – beli online disini
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit ajinomoto – beli online disini
- Daun limau purut
CARA MEMASAK:
1. Kupas dan bersihkan semua bahan. Kuantitinya agak-agak sahaja.
2.Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Tambah sedikit air dan kisar kasar.

3.Panaskan minyak masak dalam kuali hingga betul-betul panas. Jumlah minyak anggaran separuh dari jumlah bahan kisar.
4.Masukkan bahan kisar dan tumis.
5.Bila cili sudah bertukar warna, perlahankan api.
6.Tutup kuali menggunakan tudung periuk sambil dikacau sekali sekala.
7. Bila bahan tumisan sudah hampir pecah minyak, masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh tambahkan aji jika suka.
8.Tutup sekejap kuali tumisan. Biarkan selama 5 minit kemudian padamkan api.

9. Sambal Padang sedia untuk dihidangkan. Boleh simpan dalam bekas kaca atau yang bersesuaian.

10.Sedia untuk dinikmati mengikut selera masing-masing.

Kredit resipi & foto: Khabbab Jamalludin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

