Resipi Sambal Belacan Goreng. Enak Dipadankan Dengan Nasi Panas, Ulam Timun & Ikan Goreng.

Share

Menu yang ringkas sebenarnya lebih sedap daripada menu berat. Kadang-kadang kita jadi tak lalu makan kalau melihat lauk yang hampir sama setiap hari. Kalau ada sambal boleh juga membangkitkan selera. Kalau selalu buat sambal belacan mentah, ni cuba pulak buat yang bergoreng. Percayalah, anda bakal makan bertambah-tambah.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi (ikut pedas)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1.  Kisar semua bahan dan panaskan minyak dalam kuali.

2.  Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.

3.   Masukkan air asam jawa. Perisakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Kalau suka, biar sedikit garing.

 

 

Kredit resipi & gambar: Aliza Ahmad 

Published by
Ida Abd Aziz