Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cik CA. Nampak mudah dan sedap. Persis resipi dan cara orang tua dulu-dulu. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
SAMBAL BELACAN SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bawang merah saiz 50 sen ( kalau saiz besar bawang bombay, guna 2 biji dah cukup )
2 ulas bawang putih
**( Alirkan @ basuh bawang bawah air paip sekejap, belah dua dan bakar atas pan sampai perang.Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi ambik masa lama sikit untuk masak.Takpa bagi hangit kulit tu. Nanti nak kisar baru kupas. Tak perlu basuh dah)
Ads
1 inci belacan bakar juga ( alirkan bawah air juga sebelum bakar )
1. Potong cili, alirkan bawah air sekejap sambil gosok dan tos biar kering.Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga nak bagi sambal sedap.
2. Dalam pengisar,masukkan bawang bakar, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan,bawang putih dan tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk.
3. Lepas tu kisar bagi lumat atau hingga dapat tekstur yang anda mahu.
4. Kemudian barulah masukkan cili bersama 1 1/2 biji kulit limau kasturi ( tanpa sebarang biji dan tangkai). Kisar ikut tahap lumat yang andaCA suka 80-85% lumat je.
5. Seterusnya tabur parutan kulit limau kasturi yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi (kalau suka.) Lepas tu boleh rasa sambal dan ubahsuai rasa ikut citarasa masing-masing.
6. Simpan sampan dekat luar semalaman. Esok baru simpan dalam peti dan mula makan.Makin lama makin sedap rasa sambal ni.
Ads
SILAKAN SHARE TAK PERLU MINTA IZIN YA. CA HALALKAN.
INFO DARI CIK CA:
CA sekeluarga ni jenis hantu sambal belacan. Sekali buat stok tu dia. Buat cicah dengan ikan sardin goreng,ulam. Aduhhh pekat kaw. Makan dengan semua benda sambal ni.
Tak guna air kosong masa kisar sambal. Air hanya dari air bawang, cuka, air asam limau kasturi.
Sambal dalam gambar ni CA buat 5 kali ganda sukatan. Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja sukatan di bawah. Sambal ni pedasnya level rendah sebab guna cili merah besar banyak dari cili padi hijau thai.
Sambal ni tak perlu tumis ya. Memang warnanya cantik macam tu sebab ia akan masak sendiri perlahan-lahan hasil air perahan limau. Makin lama makin sedap rasanya.
Resepi CA bgi ni untuk 1 sukatan senang nak buat sikit. CA buat dalam gambar tu 5 kali ganda .
Tengah usha BLENDER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Ads
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Selalunya kalau yang tengah nak berdiet tu mesti perkara pertama sekali dalam list beli-belah nak beli peanut butter tuk makan masa sarapan. Phewww, mahal kot, lagi nak diet lagi mahal pulak. Terpaksa lah beli yang murah dengan rasa yang sangat manis dan tak sihat langsung!
Ada satu cara yang boleh membantu masalah macam ni, buat sendiri peanut butter HOMEMADE ni ha. Nak beli mahal kan, resepi sangat senang je rupanya. Bahan pun sihat. Yang penting sukat mengikut sukatan yang kamu inginkan!
Meh kita tengok kat bawah cara nak buat.
Bahan-Bahan:
500 gram kacang tanah – sangai tanpa minyak, buang kulit.
Madu asli
Virgin Olive oil
Garam bukit – garam biasa pun boleh. Kalau dapat garam bukit lagi cun, lebih sihat.
Cara-Cara:
1) Blend kacang yang sangai dengan buang kulit tadi, tambah secubit garam. Pakai blender kering tu. Letak kacang separuh bekas blender tu je. Jangan penuh. Blend sehalus-halusnya tau.
2) Baru masukkan olive oil dengan madu. Ni korang pandai-pandai agakla. Kaknaz letak 1 sudu besar olive, 1 sudu besar madu setiap kali blend. Kalau dapat kacang fresh dia keluar minyak sendiri, boleh kurangkan olive oil ni. Kacang kaknaz takmo terbit-terbit minyak dia. Sikit nau dia keluar. Tu taruk lebih sikit.
3) Kalau yang suka rasa chunky-chunky, boleh masuk kacang blend kasar tu sikit. Wallah! Syok gigit.
Siap! Boleh masuk botol. Nak tahan lama boleh simpan dalam fridge ok. Kalau boleh botol tu steril dulu.
Senang tak? Dah, tak yah bazir duit beli mahai-mahai, buat sendiri je. Kita boleh adjust manis masin sendiri. Lagi sihat sebab pakai madu, garam bukit ngan virgin olive oil, kan? 😍
Tak lengkap kalau tak ada sambal dalan hidangan masakan tengahari. Tengok Chef Adzha berkongsi resipinya buat sambal durian goreng ala Sarawak. Kalau ada lebihan durian bolehlah cuba resipi ni mesti sedap dan berbau harum! Cubalah…
RESIPI SAMBAL DURIAN GORENG
Bahan-Bahan:
10 biji cili api
2 biji bawang besar
6 ulas durian
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk menumis)
Cara Membuat:
Panaskan minyak, masukkan bawang & cili yang di potong,
Setelah bawang hampir garing(warna kekuningan) masukkan isi durian,
Masukkan gula serta garam secukup rasa kemudian goreng durian sehingga durian tampak garing. Bolehlah dihidang.
Sambal Gesek Ikan Bilis adalah salah satu sajian sampingan yang membuka selera. Cara penghasilannya juga sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan. Nak cuba? Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang sedap. Jom lihat bahan-bahannya.
CARA MASAK SAMBAL GESEK IKAN BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 genggam ikan bilis – rendam air seketika
Segenggam cili padi merah & hijau
1 sudu makan gula perang
3/4 sudu makan garam bukit
1 hiris lemon
1-2 biji limau kasturi
1 sudu teh butter olive oil/minyak zaitun/minyak masak
BAHAN BAKAR ATAS KUALI ( PAN):
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/4 biji bawang besar
1/2 biji tomato
CARA MEMASAK: 1. Panaskan butter olive oil. Boleh juga digantikan dengan minyak zaitun atau minyak lain. 2. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk sehingga sedikit hancur. Sangai seketika dan ketepikan. 3. Tumbuk lumat bahan bakar dalam kuali tadi diikuti cili padi, garam bukit dan gula perang. 4. Satukan bahan tumbuk dengan ikan bilis tadi. Perahkan sehiris lemon. Jika kurang masam, boleh tambah limau kasturi. 5. Gaul biar sekata. Hidangkan bersama dengan ulam.