Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cik CA. Nampak mudah dan sedap. Persis resipi dan cara orang tua dulu-dulu. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.

 

SAMBAL BELACAN SEDAP

 

BAHAN-BAHAN:

Resipi Sambal Belacan Sedap, Mudah Buat & Tahan Lama.

  • 4 ulas bawang merah saiz 50 sen ( kalau saiz besar bawang bombay, guna 2 biji dah cukup )
  • 2 ulas bawang putih

**( Alirkan @ basuh bawang bawah air paip sekejap, belah dua dan bakar atas pan sampai perang.Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi ambik masa lama sikit untuk masak.Takpa bagi hangit kulit tu. Nanti nak kisar baru kupas. Tak perlu basuh dah)

Resipi Sambal Belacan Sedap, Mudah Buat & Tahan Lama.

Resipi Sambal Belacan Sedap, Mudah Buat & Tahan Lama.

IKLAN
  • 1 inci belacan bakar juga ( alirkan bawah air juga sebelum bakar )
  • 5-6 biji cili merah besar
  • 9-10 biji cili padi hijau thai – buang tangkai
  • 3 sudu makan gula putih
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 2 sudu makan cuka
  • 9-10 biji limau kasturi saiz kecik ( kalau saiz sederhana besar guna 6/7 biji sahaja)
  • 1 sudu makan gula perang – untuk cantikkan sambal

 

CARA MEMASAK:

1. Potong cili, alirkan bawah air sekejap sambil gosok dan tos biar kering.Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga nak bagi sambal sedap.

Resipi Sambal Belacan Sedap, Mudah Buat & Tahan Lama.

2. Dalam pengisar,masukkan bawang bakar, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan,bawang putih dan tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk.

IKLAN

Resipi Sambal Belacan Sedap, Mudah Buat & Tahan Lama.

3. Lepas tu kisar bagi lumat atau hingga dapat tekstur yang anda mahu.

4. Kemudian barulah masukkan cili bersama 1 1/2 biji kulit limau kasturi ( tanpa sebarang biji dan tangkai). Kisar ikut tahap lumat yang andaCA suka 80-85% lumat je.

Resipi Sambal Belacan Sedap, Mudah Buat & Tahan Lama.

5. Seterusnya tabur parutan kulit limau kasturi yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi (kalau suka.) Lepas tu boleh rasa sambal dan ubahsuai rasa ikut citarasa masing-masing.

IKLAN

Resipi Sambal Belacan Sedap, Mudah Buat & Tahan Lama.

Resipi Sambal Belacan Sedap, Mudah Buat & Tahan Lama.

6. Simpan sampan dekat luar semalaman. Esok baru simpan dalam peti dan mula makan.Makin lama makin sedap rasa sambal ni.

Resipi Sambal Belacan Sedap, Mudah Buat & Tahan Lama.

SILAKAN SHARE TAK PERLU MINTA IZIN YA. CA HALALKAN.

 

INFO DARI CIK CA:

  • CA sekeluarga ni jenis hantu sambal belacan. Sekali buat stok tu dia. Buat cicah dengan ikan sardin goreng,ulam. Aduhhh pekat kaw. Makan dengan semua benda sambal ni.
  • Tak guna air kosong masa kisar sambal. Air hanya dari air bawang, cuka, air asam limau kasturi. 
  • Sambal dalam gambar ni CA buat 5 kali ganda sukatan. Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja sukatan di bawah. Sambal ni pedasnya level rendah sebab guna cili merah besar banyak dari cili padi hijau thai.
  • Sambal ni tak perlu tumis ya. Memang warnanya cantik macam tu sebab ia akan masak sendiri perlahan-lahan hasil air perahan limau. Makin lama makin sedap rasanya.
  • Resepi CA bgi ni untuk 1 sukatan senang nak buat sikit. CA buat dalam gambar tu 5 kali ganda .

Kredit resipi & foto: Cik CA

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI