Sedapnya Sambal Bilis Belimbing Buluh ni. Menu ringkas yang sangat membuka selera. Nak buatnya pun tidak susah malah tidak menggunakan banyak bahan. Cubalah resipi perkongsian saudari Nanie Rosnani ni. Pasti makan sampai bertambah-tambah nasi di pinggan.
CARA MASAK SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN: Ikan bilis (beli online disini) 2 biji cili merah dan cili padi secukupnya– jumlahnya boleh sesuaikan dengan kepedasan yang disukai 4 biji bawang merah (beli online disini) Belacan secukupnya– jika suka (beli online disini) Belimbing buluh secukupnya – hiris bulat. Jika suka masam, boleh lebihkan jumlahnya Petai – hiris Garam dan gula secukup rasa Minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Ikan bilis dibersihkan. Kemudian tumbuk bersama cili merah, cili dan belacan. Boleh tumbuk kasar atau halus ikut cita rasa.
IKLAN
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
3. Kemudian masukkan hirisan belimbing buluh dan juga petai.
4. Tumis hingga garing dan bahan tumisan menjadi pecah minyak.
5. Perasakan sambal dengan garam serta gula dengan secukupnya. 6. Sambal Bilis Belimbing Buluh siap dan sedia untuk dinikmati.
Anda suka makan Mi Sanggul tak? Mesti pernah jumpa mi ini di kedai tapi buntu memikirkan menu apa yang sesuai untuk dimasak menggunakan Mi Sanggul. Kebiasaannya Mi Sanggul ni sedap dijadikan Mi Sanggul Goreng. Memang sedap dan mudah saja caranya.
Tetapi kali ini, kita olah dan cuba masak Mi Sanggul Kari Berkeju. Tak sangka, sebenarnya mudah saja cara nak membuatnya. Bila dimakan panas-panas, memang sedap tak terkata. Pasti makan bertambah-tambah.
Nak lagi sedap, gunakan Anchor Cheese Slices yang diperbuat daripada susu New Zealand yang kaya dengan kalsium dan protein. Cubalah, pasti menjadi. Kami kongsikan resipi untuk anda. Selamat mencuba!
MI SANGGUL KARI BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
9 keping Anchor Cheese Slices
1 mangkuk mi sanggul – rebus dan toskan
6 biji telur
200ml Anchor Cooking Cream
200ml Susu UHT Fernleaf
30gram Anchor Salted Butter
2 sudu makan serbuk kari
1 labu bawang besar – cincang halus
2 tangkai daun kari – cincang
Garam dan lada sulah secukupnya
Chili flakes secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, pukul telur bersama serbuk kari, susu UHT Fernleaf dan Anchor Cooking Cream hingga sebati. Masukkan mi sanggul rebus. Tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukupnya.
Sediakan mangkuk/bekas tahan panas. Sapu sedikit Anchor butter. Tuang campuran mi tadi lalu ratakan. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20-25 minit atau hingga agak perang.
Keluarkan dari ketuhar, susun kepingan Anchor Cheese Slice dan tabur cincangan daun kari dan chili flakes. Bakar semula selama 4 minit.
Keluarkan dan biarkan beberapa minit. Potong pasta bakar kepada beberapa kepingan. Hidangkan.
Punten adalah sejenis makanan tradisi dan popular di kalangan masyarakat keturunan Jawa. Malah sajian ini juga tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu. Rupanya seakan-akan nasi impit namun sedikit berbeza rasanya lebih berlemak kerana nasi dimasak bersama santan. Punten biasanya dinikmati bersama sambal cili padi dan bawang di waktu pagi dan petang. Ada yang teringin nak cuba? Saudari Mawar Alina ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
1.Beras dibasuh bersih. Rendam semalaman untuk jimatkan masa memasak. Kalau tidak sempat, rendam 4 ke 5 jam pun sudah cukup.
2.Campur semua bahan-bahan diatas. Masak seperti masak nasi biasa.
3.Sesekali kacau nasi agar ianya masak rata.
4.Bila siap ditanak, tumbuk nasi guna cawan atau anak lesung yang dibungkus dengan plastik. Caranya lebih kurang macam buat Nasi Impit cara traditional.
5.Bila sudah siap tumbuk, ambil nasi dan kepal membentuk seperti dalam gambar. Boleh bat depan kipas untuk redakan kepanasan. Jangan lupa pakai sarung tangan juga.
6.Punten telah siap disedikan. Boleh dinikmati bersama Sambal Hijau atau Sambal Tumis.
NOTA: Untuk sukatan 1:3 ni, tekstur punten jadi sedang elok. Tak keras dan tak lembik sangat. Lembut jer walaupun sudah sejuk. Sukatan ini boleh dapat lebih kurang 25 biji bergantung saiz yang anda buat.
1.Panaskan minyak. Kuantitinya agak-agak dengan banyak mana sambal yang anda nak masak.
2.Tumiskan segenggam ikan bilis sampai garing.
3.Masukkan bawang besar yang dihiris. Tumiskan hingga wangi dan bawang layu.
4.Masukkan pula cili padi dan belacan yang telah dikisar.
5.Tumis reneh bahan-bahan ini hingga cili berubah warna gelap. Ini tips penting untuk mengelakkan sambal rasa pahit. Perubahan warna menandakan cili dah agak masak.
6.Masukkan bawang putih, bawang merah ros, udang kering dan ikan bilis yang telah dikisar. Tumiskan lagi sampai semua nampak masak sebati.
7.Masukkan gula perang secukupnya. Kalau tiada, boleh gantikan dengan gula putih. Biarkan gula berkaramel, baru kacau lagi.
8.Masukkan pula asam jawa. Agak-agak untuk seimbangkan rasa pedas tu. 9.Boleh masukkan sedikit air. Boleh juga tambahkan perasa tambahan.
10.Renehkan sambal sampai cukup masak. Tambahkan garam di akhir masakkan. Siap dan bolehlah dihidang bersama Punten tadi.
Tak percaya! Cubalah dulu resipi ni ye, admin dah cuba, ia sangat mudah dan senang membuatnya. Tak sampai 30 minit dah siap. Jadi untuk share dengan anda semua, ini resipi Rolade Tauhu yang sangat sihat dan tinggi kandungan protien.
ROLADE TAUHU :
BAHAN-BAHAN ISIAN :
3 biji tauhu | kukus
100gm isi udang | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
3 ulas bawang merah | cincang halus
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 biji telur
BAHAN TELUR PEMBUNGKUS:
3 biji telur
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Aluminium foil secukupnya | untuk membungkus
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Hancurkan tauhu, kemudian masukkan isi udang yang telah dicincang tadi. Kacau rata.
LANGKAH 2: Masukkan garam dan lada sulah. Kacau rata.
LANGKAH 3: Masukkan telur di dalamnya, kacau hingga sebati. Kemudian ketepikan.
LANGKAH 4: Pecahkan tiga biji telur, tambahkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kaca rata.
LANGKAH 5: Panaskan sedikit minyak dan dadarkan telur tadi hingga menjadi lapisan nipis.
LANGKAH 6: Letakkan telur dadar di atas aluminium foil, kemudian isikan campuran tauhu di sisi tepi dan gulung hingga habis. Kemaskan gulungan dengan aluminium foil sebelum dibakar atau dipanggang. Selepas di bakar bolehlah potong dan hidangkan.
INFO : Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili dalam campuran tauhu. Atau boleh hidangkan dengan sos cili