Sambal Garing ni memang sesuai sangat anda bawa jika pergi melancong ke luar negara. Malah buat makan dekat rumah pun boleh. Makan dengan bubur sedap, nasi panas-panas pun layan. Malah, nikmati bersama roti pun boleh. Memang serbaguna. Rasa pedas-pedas masin tu buat hidangan ini menjadi kegemaran ramai. Kalau beli, sebalang kecil pun dah harga berbelas ringgit. Jom belajar buat sendiri. Memang sedap!
SAMBAL BILIS GARING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis halus
Tempe atau kacang
Lada / cili kering – jumlahnya ikut kepedasan & citarasa masing-masing
1 kiub pati ikan bilis @ secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Goreng semua bahan diatas ( kecuali pati ikan bilis & gula) satu persatu hingga garing.
2. Angkat dan tos minyak menggunakan tisu dapur.
Ads
3. Kisar cili kering yang digoreng tadi. Pastikan cili digoreng garing jika tidak ia sukar dikisar menjadi emping kerana teksturnya yang liat. Bijinya pula boleh dibuang atau dikisar bersama.
4. Panaskan kuali yang ada sedikit minyak lebihan gorengan tadi. Masukkan kiub pati ikan bilis atau cukup rasa. Goreng guna api perlahan.
Ads
5. Kacau sambil hancurkan kiub tadi. Biar ia berbuih manja.
6. Kemudian masukkan cili flakes ( cili kering kisar).
Ads
7. Tambahkan kesemua bahan wajib yang lain. Masukkan juga 1 sudu gula. Gaul rata hingga sebati. Angkat.
8. Setelah sambal sejuk, simpan dalam balang kedap udara. Sedia dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Suka makan stik atau Chicken Chop? Hidangan-hidangan Barat macam ni kalau sosnya sedap, memang best. Jika nak belajar buat sendiri, ada resipi sos mudah yang boleh anda cuba. Hanya guna empat bahan mudah. Anda boleh hasilkan sos bertaraf restoran tetapi secara homemade. Caranya pun sangat senang. Jom tengok resipi perkongsian saudari Fyda Nz ni.
BAHAN-BAHAN:
Sos lada hitam secukupnya ( ikut citarasa atau letak sehingga sos berwarna hitam.)
CARA MEMASAK: 1. Campur kiub ayam, cream of mushroom dan tepung gandum tadi . Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
2. Bila dah tak berketul, masukkan lebihan air dalam anggaran setengah periuk macam dalam gambar. Bila dah masukkan air setengah periuk, baru hidupkan api dan masak atas dapur sambil dikacau hingga mendidih. Jika tidak dikacau, bancuhan akan berketul dan kuah menjadi tidak cantik.
3. Bila dah mendidih, baru masukkan sos lada hitam dan kacau sebati.
4. Siap! Padamkan api. Sos lada hitam ini sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.
Sambal telur hancur adalah lauk paling senang nak dimasak ketika dah tak ada idea nak masak apa. Rasanya pedas dan cukup berperisa. Boleh dimakan dengan nasi panas mahupun lempeng. Boleh juga dimakan dengan roti.
SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN TUMIS
Minyak masak untuk menumis
3 labu bawang merah (mayang kasar)
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering (gunting & rendam air panas )
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
BAHAN PERASA
1/2 kiub ikan bilis
Garam
Gula
BAHAN LAIN
4 biji telur ayam
1 sudu bawang goreng (optional)
CARA MEMASAK
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis bawang merah.
3. Masukkan Bahan Kisar dan tumis sampai terbit minyak. Gunakan api sederhana.
4. Sambal sudah garing boleh masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
5. Kecilkan api bila sambal sudah terbit minyak. Tumis dalam 4 minit lagi.
6. Bila sambal garing, masukkan telur. Kacau telur perlahan dengan api sederhana.
7. Sudah masak boleh taburkan dengan bawang goreng.
Selamat mencuba!
INFO:
Boleh juga campur tomato, basil, asparagus, terung pipit, kentang dan sebagainya ( ikut kreativiti anda)
Jika sambal ada lebihan, esok campak dalam kuali dengan nasi dan ikan bilis garing, Sudah jadi NASI GORENG SEMPOI.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!